Koleksi Senarai Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Contoh Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Setiap tahun bila tiba raya, pasti ramai yang akan mencari contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang dihantar dan dikongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan sebagai pengganti diri terutamanya kepada mereka yang jauh.

Jadi untuk tahun 2024, banyak contoh ucapan menarik dan unik yang dikongsikan khusus untuk anda yang ingin menggunakannya ketika menyambut Syawal bagi menyampaikan kepada yang lain. Dalam bentuk pantun pun ada.

Dengan adanya ucapan-ucapan tanda kasih dan sayang ini, sedikit sebanyak dapat mengubat rindu dan mengeratkan silaturrahim semasa kita terutamanya bagi mereka yang jauh tidak dapat pulang ke kampung.

Bukan itu sahaja, ucapan ini juga boleh digunakan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri terutamanya di laman media sosial. Selain kita bersama saudara dan rakan-rakan, mungkin dengan ucapan ini mampu mengembirakan followers dan rakan internet kita.

Waktu Dan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024

Seperti yang termaktuk dalam kalendar hijrah, umat Islam terutamanya di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 (Rabu) iaitu bersamaan dengan 1 Syawal 1445H.

Dengan kedatangan ini, sekali gus Ramadan telah meninggalkan kita untuk tahun ini. Ini pastinya akan dirindui oleh orang-orang beriman dengan bulan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024

Berikut merupakan antara contoh ucapan serta pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada pelbagai sumber yang anda boleh gunakan untuk kongsi kepada rakan dan keluarga sebagai ucapan langsung atau share di media sosial.

Semoga ucapan-ucapan ini memberikan perkara positif dan kegembiraan kepada semua orang yang menyambutnya pada tahun ini.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1

Salam Aidilfitri 1445H/2024M

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ

 َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ

مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga amal ibadah kita diterima sepanjang bulan Ramadan dan termasuk juga orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2

Taqabbalallahu minna wa minkum. Salah Eid Mubarak kepada semua dan Maaf Zahir Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 3

Salam Aidilfitri 1445H/2024

Semoga Allah menerima amal kita dan anda semua. Semoga sepanjang tahun akan diberikan kebaikan untuk kalian.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 4

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada seluruh umat Islam yang akan bersama-sama meraikannya.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 5

Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa serta tersalah laku yang tidak disengajakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 6

Salam Aidilfitri untuk semua!

Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa. Ampun dan maaf jua dipinta. Kita sekadar manusia biasa yang tak lepas dari salah dan dosa. Maaf Zahir Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 7

Salam Akhir Ramadan dan Salam Lebaran

Semoga Allah terima segala ibadah kita sepanjang bulan Ramadan sebelum ini. Aamiin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 8

Raikan kemenangan dengan kita saling maaf bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturrahim. Semoga hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna.

Salam Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 9

Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak Saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 10

Walaupun jauh beribu batu,
Tapi ingatan tetap selalu,
Ku kirim ucapan pengganti diriku,
Agar Aidilfitri ini indah buatmu.

Salam Aidilfitri 1445H/2024

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 11

Sempena meraikan Syawal yang bakal menjengah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Raikan kemenangan dengan kita saling maaf bermaafan dan kuatkan jalinan silaturahim. Semoga hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna. 

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 12

May Allah gifts you lots of happiness, love and wisdom. Wishing you a very Happy Eid!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 13

May this Eid fills your life with the brightest of colours. Here’s wishing you and your family a very happy Eid!

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 14

May the God Almighty open the doors of happiness for you and fulfil all your dreams. Eid Mubarak to you and your family!

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Pantun Hari Raya Aidilfitri 15

Cantik baju kebaya,
Pakai kain satin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 16

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Anda tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 17

Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilftri.

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 18

Disisir diandam dnegan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 19

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari yang mulia,

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 20

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 21

Warna hitam baju saya,
Harap sama warna kita,
Daku ucapkan Selamat Hari Raya,
Pada kamu yang aku cinta.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 22

Balik kampung lancar perjalanan,
Bakar lemang belum lagi,
Mohon maaf sesama teman,
Duit raya bila nak bagi?

Pantun Hari Raya Aidilfitri 23

Ketupat pulut cap permaisuri,
Hendak direbus ditepi perigi,
Pantun dihantar pengganti diri,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 24

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Post a Comment

Previous Post Next Post