Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kedah

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kedah

Aksi Liga Super 2023 kini sudah memasuki minggu kedua dan kini akan berlangsung lagi tujuh perlawanan dan salah satu daripadanya adalah mempertemukan pasukan Johor Darul Ta'zim FC vs Kedah Darul Aman FC.

Minggu ini juga turut akan berlangsung dua hari dan untuk perlawanan ini akan diadakan pada 9 April 2023, bersamaan pada hari Ahad, pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri, Johor.

JDT selaku tuan rumah akan melayan kunjungan Kedah bagi menentukan siapakah pemenang bagi perlawanan ini. Adakah JDT yang kini mengungguli carta dikedudukan teratas akan terus mencatatkan kemenangan terhadap lawan atau Kedah mampu melakukan sesuatu pada malam ini.

Setakat tujuh perlawanan, JDT masih utuh tanpa sebarang keciciran mata. Ini bermakna mereka sekarang peroleh mata maksimum iaitu 21 tanpa sebarang kekalahan mahupun keputusan seri yang dicatatkan.

Manakala Kedah yang berada di tempat kedua meraih 16 mata iaitu sama seperti Selangor yang kini berada di tangga ketiga. Setakat ini mereka sudah menang sebanyak 5 kali dan masing-masing tewas dan kalah sekali.

Bagi JDT, adakah Kedah adalah mangsa seterusnya seperti yang dilakukan pada pihak lawan sebelum-sebelum ini? Atau adakah Kedah sudah tahu strategi terbaik bagaimana untuk menewaskan juara sembilan kali berturut-turut tersebut?

Tambahan lagi, JDT akan bermain di SSI iaitu di halaman sendiri dan diharapan ribuan penyokong setia yang sentiasa berada di belakang pasukan. Mungkin Kedah perlu berwaspada menahan asakan supaya sekurang-kurangnya dapat mencuri 1 mata daripada pihak lawan.

Siaran Langsung JDT vs Kedah Di Liga Super 2023

Bagi yang tidak hadir ke stadium, perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (803) atau boleh strim secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna astro.

Sebagai alternatif kepada astro, anda boleh live streaming perlawanan ini sama ada di platform web di https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan serendah RM4.90 sahaja iaitu untuk pas satu perlawanan. Jika ingin strim perlawanan lain juga, boleh langgan pas bulanan dengna harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 JDT vs Kedah

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Johor Darul Ta'zim FC menentang Kedah Darul Aman FC pada hari Ahad ini, 9 April 2023, pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau secara live di Arena Bola

9 April 2023 (Ahad)

FT : JDT (6) - (0) Kedah

  • Fernando Forestieri 23'
  • Feroz Baharudin 48'
  • Bergson da Silva 53' (P)
  • Arif Aiman 77'
  • Leandro Velazquez 86'

Waktu : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola (803)
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post