Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Penang Live

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Penang Live

Aksi Liga Super 2023 kini diteruskan lagi untuk minggu ketujuh (LS7) dan ini merupakan hari kedua dimana merepukan pertemuan antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang berlangsung pada 5 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.

Ini merupakan antara perlawanan yang ditunggu-tunggu dan menjadi tumpuan ramai kerana kedua-duanya sebelum ini pernah bertemu dalam pusingan awal Piala FA 2023. Perlawanan ini menyaksikan Kedah tewas dalam penentuan sepakan penalti dan sekali gus tersingkir daripada kejohanan tersebut.

Kedah Darul Aman

Pastinya Kedah tidak mahu berputih mata sekali lagi memandangkan pula akan bermain di tempat sendiri buat kali kedua. Tidak boleh tidak, untuk mengembalikn maruah yang sudah tercalar sebelum ini, Kedah perlu bangkit dan tewaskan Penang di hadapan penyokong sendiri kali ini.

Lagi pula, Kedah kini berada di landasan terbaik jika ingin dibandingkan dengan Penang. Manakan tidak, daripada enam perlawanan awal, mereka hanya tewas sekali dan seri sekali. Selebihnya hanya kemenangan yang dikecapi. Sekarang pula berada di tangga ke-3 dan mungkin akan naik ke tangga ke-2 jika menang perlawanan ini.

Penang

Dengan prestasi yang ditunjukkan ini, kemungkinan Kedah mampu untuk menumbangkan pihak lawan kali ini. Jika dibandingkan pula dengan Penang yang hanya meraih kemenangan sekali sahaja iaitu ketika berdepan Perak pada minggu lagi.

Dengan keputusan tersebut, Penang kini berada di tempat ke-9 dengan 5 mata sahaja. Jika mereka menang dan mampu menumpaskan Kedah, mereka akan naik ke tangga ke-8 sekali gus dapat memperbaiki kedudukan lebih baik di dalam liga.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Kedah dan Penang dalam perlawanan ini

Kesebelasan utama Kedah vs Penang

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Untuk yang ingin datang dan menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda boleh dapatkan tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Harga berbeza mengikut venue perlawanan dan ianya adalah termasuk dengan caj.

Selain itu, tiket fizikal hanya akan dijual di kaunter tiket di perkarangan stadium pada hari perlawanan sahaja. Jadi adalah sebaiknya dapatkan tiket secara online untuk memudahkan urusan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Penang

Untuk perlawanan antara Kedah dan Penang ianya akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola [803] atau tontonan secara online di Astro Go.

Selain itu, melalui platform web dan aplikasi Sooka, anda boleh live streaming dengan melanggan pek Liga Malaysia sama ada untuk pas 1 perlawanan dengan harga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90. Berbaloi dan murah

Jadual Dan Keputusan Kedah vs Penang Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual dan keputusan yang melibatkan perlawanan Kedah vs Penang pada 5 April ini, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

5 April 2023 - Rabu

FT : Kedah (1) - (0) Penang

  • Willian Lira 64'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post