Cara Tonton Drama Jaga Aku Selamanya Secara Online

Cara Tonton Drama Jaga Aku Selamanya Secara Online

Ramai pengguna internet yang kongsikan pengalaman dan review berkenaan drama Jaga Aku Selamanya yang ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3. Pelbagai riaksi yang boleh dilihat dan pastinya ramai yang runtun hati apabila menontonnya.

Drama arahan bersama daripada Rashidi Ishak, Wan Alauddin dan Shahril Sarjen ini menampilkan barisan pelakon seperti Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq, Putri Iesya, Johan As'ari, Rashidi Ishak, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Jaga Aku Selamanya

Cerita ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Maya (lakonan Nadiya Nisaa) dan Syukri (lakonan Johan As'ari) yang mana mereka mempunyai 5 orang anak yang hidup di dalam kemiskinan. Kehilangan Syukri secara tiba-tiba menyebabkan kehidupan Maya anak-beranak menjadi huru-hara.

Maya terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk mencari rezeki di kota dan mengharapkan Mia,12 tahun sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Maya juga telah memberikan kepercayaannya kepada Seri iaitu jirannya agar Seri dapat menghulurkan duit kepada Mia setelah dia mendapat gaji.

Namun begitu, Seri telah menggunakannya untuk tujuan yang lain dan ini menyebabkan Mia dan adik-adiknya hilang punca untuk membeli makanan. Tidak sanggup melihat adik-adiknya kelaparan, Mia telah membuat keputusan untuk bekerja di sawah kebun.

Kekurangan wang untuk membayar sewa rumah juga telah menyebabkan Mia dan adik-adik beradiknya telah dihalau oleh pemilik rumah. Mia terpaksa membawa adik-adiknya dan berteduh di bawah jambatan sehingga dia di bantu oleh Pak Ehsan. Pak Ehsan telah memberi mereka tempat perlindungan sementara di sebuah bengkel.

Cara Tonton Drama Jaga Aku Selamanya

Drama Jaga Aku Selamanya bersiaran sebanyak 13 episod bermula 15 Mac lalu dan tamat pada 5 April 2023. Jadi ada diantara anda yang terlepas untuk saksikan drama ini, jangan risau. Anda boleh tonton semula iaitu menerusi platform dan aplikasi Tonton dengan klik pautan ini.

Anda boleh tonton secara percuma. Hanya perlu daftar untuk pengguna kali pertama dan kemudian login seperti biasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post