Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong Untuk Perlawanan Persahabatan Tier 1 Tahun 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong Untuk Perlawanan Persahabatan Tier 1 Tahun 2023

Kini tiba untuk perlawanan kedua bagi Perlawanan Persabahatan Tier 1 yang berlangsung dalam kalendar FIFA untuk tahun 2023 yang mana melibatkan pasukan Malaysia vs Hong Kong pada 28 Mac 2023, hari Selasa jam 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail, Johor.

Sama seperti di perlawanan pertama menentang Turkmenistan dimana Malaysia akan sekali lagi menjadi tuan rumah dengan menerima kunjungan Hong Kong yang mana kali ini skuad Harimau Malaya tidak menggunakan stadium keramat di Bukit Jalil sebaliknya bermain di stadium yang menjadi homeground JDT.

Pada perlawanan pertama, Malaysia telah pun mencatat kemenangan berdepan pasukan yang 10 kali lebih tinggi ranking iaitu Turkmenistan. Pertemuan tersebut adalah kali kedua bagi kedua-dua pasukan dan Malaysia masih memegang rekod bersih dengan kemenangan untuk kedua-dua perlawanan.

Untuk rekod, setakat ini Malaysia dan Hong telah bertemu sebanyak sembilan kali dan daripada itu, Malaysia memenangi 3 kali, tewas 2 kali dan peroleh keputusan seri sebanyak 4 kali.

Kali terakhir kedua-duanya bertemu pada tahun 2022 juga dalam perlawanan persahabatan dan perlawanan tersebut telah memihak kepada Malaysia apabila menang dengan jaringan 2-0 yang mana gol-gol telah dijaringkan oleh Safawi Rasid dengan sepakan penalti dan Safiq Rahim menerusi sepakan percuma.

Pasukan Malaysia

Malaysia kini yang berada di kedudukan ke-145 ranking FIFA akan meneruskan misi mencari lebih mata untuk naik rangking yang lebih tinggi. Jika dilihat rekod terakhir untuk 3 perlawanan sebelum ini, Malaysia hanya tewas sekali iaitu ketika bermain dalam Piala AFF pada awal tahun yang lalu.

Dengan rekod yang cukup baik ini, pastinya ketua jurulatih Kim Pan Gon ingin meneruskannya dengan ditambah pula kemenangan yang dikecapi berhadapan dengan pasukan yang lebih tinggi rangking sebelum ini.

Pasukan Hong Kong

Hong Kong kini berada di kedudukan atas satu anak tangga sahaja berbanding Malaysia iaitu pada tempat ke-146. Jika dilihat dalam rekod 3 perlawanan terakhir, skuad Jørn Andersen hanya menang sekali dan seri dua kali.

Jika dibandingkan dengan skuad Harimau Malaya, pastinya Hong Kong tidak mahu untuk terus berputih mata bagi mengutip mata bagi memperbaiki rangking FIFA sekali gus ingin menjadi yang terbaik di dunia dan di Asia.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana harga tiket masuk stadium adalah RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak. Pembelian hanya boleh dibuat secara online menerusi www.tickethotline.com.my dan tiada penjualan tiket fizikal di perkarangan stadium.

Jadi semua peminat bola sepak tanah air, jangan lupa untuk datang dan penuhkan setiap pelusuk stadium bagi memberikan semangat dan menjadi pemain ke-12 untuk pasukan Harimau Malaya pada selasa ini.

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Tier 1 2023 Malaysia vs Hong Kong

Selain daripada tontonan di stadium, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go serta platform web dan aplikasi Sooka secara percuma untuk saluran ini.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini turut juga dibawakan menerusi TV9 di saluran Astro 149 atau myfreeview 109. Untuk yang tiada astro, boleh saksikan di saluran ini secara percuma termasuk tonton secara online di platform web dan aplikasi Tonton juga secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Hong Kong 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi pertemuan antara Malaysia dan Hong Kong dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 untuk tahun 2023.

Manakala untuk keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini kelak.

28 Mac 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (2) - (0) Hong Kong

  • Akhyar Rashid 18'
  • Faisal Halim 41'

Masa : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ismail, Johor
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post