Senarai Bazar Ramadan Di Selangor 2023 Lokasi Popular Beli Juadah Berbuka Puasa

Senarai lokasi Bazar Ramadan di Selangor tahun 2023

Bulan Ramadan adalah satu bulan yang paling dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Selain daripada kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah termasuk ibadah puasa, dalam bulan Ramadan ini juga dapat merasai pengalaman dengan adanya Bazar Ramadan yang dijalankan di seluruh negara.

Untuk tahun 2023, di Selangor merupakan antara lokasi popular bazar Ramadan. Manakan tidak, setiap tahun pastinya ratusan hatta sehingga ribuan orang datang di bazar Ramadan sekitar Selangor untuk mendapatkan hidangan istimewa untuk berbuka puasa serta menikmati suasana yang biasanya ada pada bulan ini sahaja.

Bazar Ramadan merupakan tempat dimana orang ramai boleh dapatkan juadah untuk berbuka puasa seperti nasi ayam, murtabak, kuih-muih, roti john, ayam percik, nasi arab, sate sertai air minuman yang popular terutamanya air katira. Berbeza dengan pasar malam, kerana bazar Ramadan hanya dibuka bermula jam 5.00 petang hingga 8.00 malam sahaja.

Dengan adanya bazar Ramadan ini, orang ramai dapat membuat pilihan lebih mudah sama ada untuk masak sendiri untuk tujuan berbuka puasa atau boleh beli sahaja dan sedia untuk dinikmati ketika waktu maghrib tiba.

Tetapi perlu diingatkan supaya umat Islam terutamanya supaya tidak membazir ketika membeli makanan atau minuman ketika di bazar. Bulan Ramadan ini seharusnya menjadi medan untuk kita sabar dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Jadi seharusnya membeli sekadar mengikut keperluan dan tidak membazir.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Selangor 2023 Di Kawasan Popular

Untuk semua penduduk Selangor yang ingin datang ke bazar Ramadan berhampiran anda tapi tak tahu dimana lokasi yang sebenar, jangan risau. Disini disenaraikan senarai lokasi Bazar Ramadan popular terbaru untuk tahun 2023 yang berada di seluruh Selangor mengikut kawasan.

Jadi anda boleh dapatkan senarai dibawah untuk memudahkan anda datang bagi mendapatkan juadah berbuka puasa pada petang hari dimana ianya dibuka bermula 5.00 petang hingga 8.00 malam selepas waktu berbuka.

Sabak Bernam

  • Tapak Pasar Awam Sekinchan
  • Jalan Bunga Matahari Sungai Besar
  • Dataran Usahawan Sabak
  • Dataran Tanah Lesen Parit Baru
  • Tapak Pasar Malam Pasir Panjang

Hulu Selangor

  • Tapak penjaja JRD Jalan Ara Batang Kali
  • Tapak pasar malam Bukit Sentosa
  • Tapak pasar pagi Taman Seri Batang Kali
  • Taman Cempaka Serendah
  • Antara Gapi Serendah
  • Jalan Seroja Bukit Sentosa
  • Jalan Telipot Bukit Sentosa
  • Jalan Kantan Bukit Beruntung
  • Sebelah medan selera Sungai Buaya

Kuala Langat

  • Tapak pasar malam Banting
  • Taman Langat Murni
  • Hadapan aked makan Tanjung Sepat
  • Tapak pasar malam Taman Pahlawan
  • Tapak parkir Batu Laut
  • Jalan Cengal Taman Banting Baru
  • Jalan Emas 1 Bandar Sungai Emas
  • Tapak pasar malam Sungai Rambai
  • Jalan Palas 2 Taman Dato Hormat

Kuala Selangor

  • Hadapan IADA Kuala Selangor
  • Hadapan Lotus Kuala Selangor
  • Jalan KP/2 Pusat Bandar Tg Karang
  • Medan Selera MPKS Jalan Bomba
  • Jalan Naluri Sukma Puncak Alam
  • Hadapan balai raya Saujana Utama
  • Jalan Sejati 1 Kampung Ijok
  • Jalan DC 4/5 Desa Coalfields
  • Tapak pasar malam awam lama Sg Buloh
  • Jalan Puncak Alam Jaya 10
  • Astana Alam Fasa 3
  • Alam Jaya Puncak Alam
  • Jalan Dataran Suria 15/7/1

Selayang

  • Dataran Shell Greenwood
  • Jalan Samudra Timur Taman Samudra
  • Bandar Baru Selayang
  • Jalan 11 Taman Selayang Utama
  • Jalan E 3/8 Taman Ehsan Selayang
  • Jalan 11B Selayang Baru
  • Dataran Masjid Nurul Yaqin
  • Puteri Central Park
  • Bandar Rawang
  • Dataran Niaga Tun Teja Rawang
  • Tapak pasa malam Green Valley

Klang

  • Lorong Haji Umar Pulau Indah
  • Taman Kem Pelabuhan Klang
  • Flat Samudera Pulau Indah
  • Jalan Sg. Chandong 8
  • Pasar awam Telok Gong
  • Pandamaran Jaya, Jalan 97
  • Pandamaran Jaya, Jalan 9
  • Taman Pandamar Indah 2
  • Pangsapuri Seri Perantau
  • Taman Setia Johan Setia
  • Badar Puteri Johan Setia
  • Tapai Penjaja Bandar Putera 2
  • Jalan Penghulu Abu Bakar
  • Jalan Kluang
  • Jalan Bukit Kuda
  • Bandar Baru Klang Jalan Tiara
  • Bandar Sultan Suleiman (dekat masjid)
  • Jalan Paip Pekan Meru
  • Jalan Raja Mokhtar Kapar

Shah Alam

  • Jalan 6/1F Seksyen 6
  • Jalan Kristal AS7/AS Seksyen 7
  • Jalan Liku A 8/A Seksyen 8
  • Jalan 16/3 (hadapan dewan MBSA)
  • Jalan 17/20 (hadapan dewan MBSA)
  • Jalan 18/34 (hadapan klinik Ahmad Shah)
  • Tapak pasar malam Jalan 19/D Seksyen 19
  • Jalan Singa 20/2 Seksyen 20
  • Tapak Usahawan Mikro Jalan Timur 24/C
  • Jalan Teraju 25/67
  • Jalan Bukit Raya 27/8
  • Jalan 28/5 (berhampiran KFC)
  • Jalan Saujana Indah TTDI Jaya
  • Tapak pasar malam Jalan Dinar
  • Jalan Nova N U5/N
  • Jalan Matahari U5/117
  • Jalan U5/BV Subang 2
  • Jalan C U8/C Bukit Jelutong
  • Jalan Setia Prima A U13/A
  • Jalan Setia Perdana BB U13/BB
  • Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra

Petaling Jaya

  • Jalan PJS 2/3 Taman Medan
  • SS6/1 Kelana Jaya
  • Seksyen 17/1A
  • SS 8 Sungai Way
  • Taman Sri Manja PJS 1/30
  • Seksyen 14/27 (Pasar Seksyen 14)
  • Kampung Lindungan PJS 6/3
  • Desa Mentari PJS 6/5
  • Seksyen 51A Kampung Baiduri
  • Seksyen 8 Sungai Jernih
  • Seksyen 3 Jalan Sentosa 3/57
  • Lembah Subang
  • Kampung Sungai Kayu Ara
  • Seksyen 4 Kota Damansara
  • Jalan Teknologi 3/1 Kota Damansara
  • Seksyen 7 Kota Damansara
  • Apartment Vista Bussiness Centre
  • Prima Damansara
  • Jalan Kenyalang 11/1 Kota Damansara

Subang Jaya

  • Jalan USJ 4/5
  • USJ 7
  • USJ 1 (Pangsapuri Angsana)
  • Batu 3 Shah Alam
  • SS 19
  • SS 13/1A
  • Jalan BK 5A/1
  • Jalan TK 4/5
  • Dataran Niaga Puchong Permai
  • Jalan Prima 5/1
  • Jalan PU 7/2
  • Kampung Tengah Jalan Kempas
  • Jalan SP 3 Pangsapuri Sri Begonia
  • Putra Heights (tepi jalan Petaling)
  • Jalan 18/35 Taman Seri Serdang
  • Jalan PP 1B Taman Equine
  • Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil
  • Jalan LEP 1/1C Lestari Putra
  • Jalan Putra Permai Selesa
  • Jalan LP 7/2 Taman Lestari Perdana

Ampang Jaya

  • Padang Perbandaran MPAJ
  • Kompleks Muhibbah Pandan Indah
  • Pandan Jaya
  • Taman Sri Bayu
  • Bukit Indah
  • Taman Melawati
  • Keramat Permai
  • Jalan AU2
  • AU5 Keramat
  • Taman Permata
  • Jalan Ukay Perdana 1
  • Bandar Baru Ampang
  • Jalan 16A Taman Dato' Ahmad Razali
  • Jalan Pandan Cahaya 1/1

Sepang

  • Bazar Ramadan Kosmopleks
  • Bazar Ramadan Taman Putra Perdana
  • Bazar Ramadan Dengkil
  • Bazar Ramadan Sungai Pelek
  • Bazar Ramadan Pekan Salak
  • Bazar Ramadan Kota Warisan (Kip Mall)
  • Bazar Ramadan Taman Mas
  • Bazar Ramadan Desa Pinggiran Putra
  • Bazar Ramadan Sungai Merab
  • Bazar Ramadan Taman Dengkil Jaya
  • Bazar Ramadan Cyberjaya

Kajang

  • Jalan Jenaris 2A
  • Lot komersial Jaln Kantan Permata
  • MPA Batu 13 Jalan Cheras
  • Dataran Prima Saujana
  • Jalan Reko Sentral 2
  • Tapak pasar malam Taman Jasmin
  • Pasaraya Eco Shop TTDI Grove
  • Jalan Seri Putra 1/3
  • Bandar Tun Hussein Onn
  • Laman Niaga Bandar Mahkota Cheras
  • Tapak pasar malam Tun Perak
  • Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
  • Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
  • Taman Ramal Indah
  • Bandar Teknologi Kajang
  • Jalan TPS 1/1 (hadapan Lotus)
  • Jalan 3/1 Bandar Tasik Kesuma
  • Pekan Sari Beranang
  • Tapak pasar malam Taman Sri Nanding

Senarai ini merupakan antara lokasi popular bazar Ramadan di seluruh negeri Selangor untuk tahun 2023 dibawah selian majlis perbandaran tempatan. Jadi anda boleh datang ke lokasi yang berhampiran dengan anda bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Selain itu, diingatkan juga untuk patuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terutamanya ketika membeli dan bersama dengan orang ramai. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dan selamat menikmati hidangan yang dihidangkan di bazar Ramadan Selangor.

Post a Comment

Previous Post Next Post