Saksikan Konsert Siti Nurhaliza Music Of The Soul: An Evening Di Astro First

Saksikan Konsert Siti Nurhaliza Music Of The Soul: An Evening Di Astro First

Berita baik kepada peminat Siti Nurhaliza khususnya apabila Astro akan membawakan konsert Music Of The Soul An Evening with Dato' Sri Siti Nurhaliza di kaca tv anda yang mana akan ditayangkan di Astro First.

Untuk pengetahuan anda, konsert tersebut telah diadakan pada 5 dan 6 November 2022 yang lalu bertempat di Plenary Hall, KLCC. Ianya bertujuan bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat bagi menyaksikan artis kesayangan mereka tersebut beraksi di atas pentas.

Dalam konsert tersebut, Dato' Sri Siti Nurhaliza juga telah mengundang artis jemputan bagi memberi persembahan bersama iaitu seorang legenda rock tanahair iaitu Dato' Awie.

Pada konsert tersebut, Tok Ti telah mendendangkan lebih 20 lagu antaranya Siapa Tak Mahu, Diari Hatimu, Anta Permana, medley Kuasa Cintamu, Bukan Cinta Biasa, Lebih Indah, Aku Bidadari Syurgamu, Kau Kekasihku, lagu duet bersama Awie iaitu Ratuku dan banyak lagi.

Katanya sampai ada 4 segmen kesemuanya untuk tempoh selama 2 jam. Dengar lagu Siti Nurhaliza memang tak puas dan sedap didengar serta tidak membosankan dengan suara yang didendangkan.

Jadi kesemua ini, anda boleh rasai sendiri di kaca tv. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang konsert sebelum ini, boleh langgan. Bagi yang dah datang tapi masih tak puas pun boleh langgan konsert Siti Nurhaliza ini.

Konsert Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza akan ditayangkan di Astro First 480 mulai 2 Mac 2023 hingga ke seterusnya. Anda boleh langgan dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam secara berulang-ulang. Boleh langgan di saluran 480 atau secara On Demand serta di Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post