Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Februari 2023

Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Februari 2023

Anda boleh ikuti ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus secara langsung di lokasi masjid atau surau yang beliau hadiri seperti yang ditetapkan. UAI telah kongsikan jadual kuliyah untuk bulan Februari 2023 dan anda boleh hadir ke sana.

Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal dengan kaedah penyampaian ceramah atau kuliyah secara santai dan bersahaja. Selain menyampaikan ilmu agama, beliau juga bijak selitkan lawak jenaka yang berilmu bagi menarik lebih ramai pendengar terutamanya golongan anak muda.

Ceramah Menarik Ustaz Azhar Idrus - DISINI

Kita semua sedia maklum, sekiranya Ustaz Azhar Idrus datang bagi memberi ceramah dan kuliyah pasti ramai juga yang memenuhi ruang masjid atau lokasi tersebut bagi mendengar ilmu yang disampaikan oleh beliau.

Jadi jika anda berkeinginan untuk datang dan dengar secara langsung, boleh datang ke mana-mana lokasi yang disenaraikan dibawah

Jadual Ceramah Dan Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Februari 2023

Dengan adanya jadual bersama tarikh dan lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus, anda boleh bersiap untuk datang beramai-ramai dan mengambil masa sedikit untuk dengar ceramah yang kebiasaanya diadakan antara waktu Maghrib dan Isyak atau mungkin selepas Isyak.

Berikut merupakan senarai jadual waktu ceramah dan kuliyah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Februari 2023:

  • 1 Feb (Rabu) - Masjid Lama Durian Burung Kuala Terengganu
  • 2 Feb (Khamis) - Masjid Kg Butut Kuala Brang Hulu Terengganu
  • 3 Feb (Jumaat) - Masjid Rhu Sepuluh Setiu Terengganu
  • 5 Feb (Ahad) - Masjid Ikhwan Gelung Bilal Pasir Panjang Kuala Terengganu
  • 6 Feb (Isnin) - Masjid Jame' Pengadang Baru Kuala Terengganu
  • 7 Feb (Selasa) - Masjid Banggol Peradung Manir Terengganu
  • 8 Feb (Rabu) - Masjid Taman Hadhari Paka Terengganu
  • 9 Feb (Khamis) - Surau Hajjah Wan Esah Seberang Baruh Kuala Terengganu
  • 10 Feb (Jumaat) - Surau Az-Zahir Taman Tunas Mahkota Batu 11 Jalan Gambang Kuantan
  • 13 Feb (Isnin) - Surau Alor Jambu Padang Nenas Kuala Terengganu
  • 14 Feb (Selasa) - Masjid Padang Mengkuang Bukit Payung Terengganu
  • 15 Feb (Rabu) - Surau Ashabul Kahfi Kg Nibung Dungun
  • 16 Feb (Khamis) - Masjid Batu 6 Kuala Terengganu
  • 17 Feb (Jumaat) - Masjid Al-Busyra Pekan Merbok Kedah
  • 18 Feb (Sabtu) - Dataran Medan Bandar Alor Star Kedah
  • 20 Feb (Isnin) - Masjid Kg Payang Kayu Hulu Terengganu
  • 21 Feb (Selasa) - Masjid Mukim Neman Melawi Bacok Kelantan
  • 22 Feb (Rabu) - Masjid Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu
  • 23 Feb (Khamis) - Masjid Pulau Ketak Kuala Terengganu
  • 25 Feb (Sabtu) - Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras Kuala Lumpur
  • 26 Feb (Ahad) - Masjid Diraja Tengku Ampuan Bukit Jelutong Shah Alam
  • 28 Feb (Selasa) - Masjid Batu 2 1/2 Kg Mak Cili Kemaman Terengganu

Jadual Kuliyah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Februari 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post