Perbezaan Minyak Zaitun Dan Kenali Jenis-Jenisnya

Perbezaan Minyak Zaitun Dan Kenali Jenis-Jenisnya

Kini ramai yang dah mula amalkan minyak zaitun sama ada dalam bidang perubatan, kecantikan dan terutamanya dalam pengambilan harian yang digunakan dalam masakan seperti bergoreng kerana ianya mempunyai khasiat minyak zaitun untuk kesihatan.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak jenis minyak zaitun yang dijual di pasaran dan setiap daripadanya mempunyai perbezaan tersendiri. Adakah ianya sesuai untuk kesihatan jantung? Elak daripada terkena kansert dan sebagainya.

Kenali Jenis Minyak Zaitun Dan Perbezaanya

Minyak Zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada perahan buah zaitun (oleo europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti di Turki, Itali dan Morocco. Tetapi ianya terdapat pelbagai jenis.

Berikut merupakan jenis minyak zaitun serta fungsi dan manfaat setiap daripadanya :

1)  Light Olive Oil

Light Olive Oil

Minyak Zaitun ini dihasilkan menggunakan haba setelah perahan virgin olive oil yang pertama. Ianya berwarna kuning keemasan. Kualiti yang rendah, rasa dan aroma tidak sekuat minyak zaitun yang lain. Minyak ini sesuai untuk panggang dan gorengan. Untuk saiz 1L disini.

2)  Refined Olive Oil

Refined Olive Oil

Minyak zaitun jenis ini diperoleh daripada buah zaitun hitam dan ranum dengan rendah kualiti dan rasa tidak terlalu kuat. Ianya sesuai digunakan untuk masakan seperti memanggan, menumis dan menggoreng. Kebiasaanya dicampur dengan minyak zaitun lain untuk mengelakkan rasa tawar.

3)  Extra Light Olive Oil

Extra Light Olive Oil

Dihasilan melalui campuran extra virgin olive oil (<20%) + refined olive oil dimana mempunyai smoke point yang lebih tinggi. Jadi ianya sesuai untuk gorengan (deep fry), memanggan dan lain-lain. Dapatkan extra light virgin oil disini.

4)  Extra Virgin Olive Oil

Extra Virgin Olive Oil

Seterusnya, Extra Virgin Olive Oil dihasilkan melalui proses penyulingan mekanikal sejuk (cold pressed method) untuk mengelakkan kandungan dirosakkan oleh suhu tinggi. Mempunyai keasidan yang rendah, rasa dan aroma yang semulajadi serta mempunyai paling banyak khasiat. Ianya juga sedap dimakan atau diminum begitu sahaja atau boleh juga dicampur dalam jus atau salad.

5)  Classico Olive Oil

Classico Olive Oil

Classico Olive Oil merupakan campuran refined oil dan extra virgin olive oil yang berkualiti tinggi. Ianya mampu meningkatkan aroma makanan dan biasa digunakan dalam masakan itali. Boleh juga digunakan untuk mengurut, memasak, disapu pada rambut, kulit dan juga boleh dimakan. Boleh dapatkan disini.

6)  Virgin Olive Oil

Virgin Olive Oil

Ianya lebih rendah kualiti tetapi rasa yang lebih ringan berbanding extra virgin. Minyak yang tidak ditapis serta mempunyai keasidan yang lebih tinggi antara 1-4%. Minyak zaitun ini tahan haba, jadi ianya sesuai untuk masakan atau dimakan dengan roti.

7)  Cold-Pressed Olive Oil

Cold-Pressed Olive Oil

Dihasilkan tanpa penggunaan haba atau bahan kimia. Hanya melibatkan proses menghancurkan biji zaitun menjadi pes dan kemudiannya menggunakan mesin tekan untuk memisahkan minyak daripada pulpa. Mempunyai rasa dan kualiti yang tinggi dan pastinya harga yang lebih mahal. Tengok disini.

8)  Pure Olive Oil (Minyak Zaitun Asli)

Pure Olive Oil (Minyak Zaitun Asli)

Minyak sebatian extra virgin/virgin olive oil dengan refined olive oil. Variasi yang agak murah. Mempunyak kandungan asid oleik antara 3-4% sahaja. Ianya minyak serbaguna yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Boleh dapatkan disini.

9)  Olive Pomace Oil

Olive Pomace Oil

Olive Pomace Oil adalah paling rendah kualiti dan paling murah kerana ianya dihasilkan daripada sisa buah zaitun yang telah diperah. Hanya sesuai digunakan untuk masakan dan tidak sesuai dimakan begitu sahaja.

Boleh dapatkan dipasaran dan disini.

Itu adalah jenis-jenis minyak zaitun yang dijual di pasaran anda boleh dapatkan mengikut kegunaan yang diperlukan. Minyak zaitan tahan pada haba dan boleh digunakan dalam masakan walaupun bergoreng. Kekurangannya adalah pada harga yang mahal dan tidak berbaloi dijadikan minyak gorengan.

Namun, menggunakan minyak zaitun tidak semestinya menjadikan anda kurus. Kuantiti tetap perlu dijaga kerana kalorinya sama seperti minyak lain.


Sumber : Syaza Nutritionist

1 Comments

  1. Mak saya suka minum olive oil..tak sangka banyak sungguh jenisnya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post