Senarai Pawagam Untuk Kanak-Kanak (GSC, TGV, MBO)

Senarai Pawagam Untuk Kanak-Kanak

Sekarang setiap tahun pastinya akan keluar filem animasi untuk tontonan wayang. Sebenarnya selain daripada kanak-kanak, sebenarnya filem ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa kerana jalan cerita yang sangat menarik.

Jadi sudah pastinya, anak-anak akan mengajak ibu bapanya untuk menonton sendiri di pawagam terutamanya ketika cuti sekolah. Tengok sahaja bila Boboiboy The Movie dan terbaru Mechamato Movie, penuh anak-anak datang untuk menonton.

Tetapi sebenarnya, bukan golongan ini sahaja yang berminat untuk menonton, tetapi hampir setiap golongan iaitu sehingga dewasa. Ada datang atas kapasiti untuk teman anak, ada datang untuk support produk lokal dan ada datang memang berminat dengan filem animasi tersebut.

Jadi dalam panggung tersebut, anak-anak akan bersama dengan golongan remaja dan dewasa ini. Menonton bersama, merasai pengalaman dan penceritaan yang disampaikan bersama dalam tempoh 1-2 jam tontonan.

Disinilah akan timbul masalah dimana anak-anak secara alami sukar untuk duduk diam dalam masa yang lama. Kalau bukan bergerak sekali pun, mereka pastinya akan bertanya pelbagai soalan kepada ibu bapanya. Ini pastinya akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain yang berhampiran. Ada sedikit gangguan. Belum cerita pasal menangis dalam panggung lagi kan.

Sebab ini juga kadang kala ibubapa kalau boleh taknak mengajak anak mereka untuk menonton di pawagam kerana takut menggangu penonton yang lain. Tapi anak-anak nak juga pergi tengok. Nak buat macam mana?

Jangan risau! Kerana sekarang ni sudah banyak syarikat panggung wayang menyediakan sebuah panggung mesra kanak-kanak. Mereka bebas untuk buat apa sekali pun kerana ianya memang untuk mereka. Ada juga siap menyediakan taman permainan mini dalam panggung. Anak-anak boleh main, ibubapa boleh menonton filem dengan tenang.

Kini ada di Malaysia. Jadi jom kita tengok beberapa lokasi pawagam yang menyediakan panggung khusus untuk kanak-kanak.

Senarai Pawagam Khusus Untuk Kanak-Kanak

Dalam beberapa syarikat, setakat ini hanya 3 syarikat pawagam yang menyediakan panggung khas untuk kanak-kanak iaitu GSC, TGV, DADI dan MBO. Jom kita lihat senarai dibawah:

1.  MBO Kecil

MBO Kecil

Di MBO bagi panggung khusus untuk kanak-kanak di panggil MBO Kecil. Disini anda tidak perlu khuatir lagi kalau mereka bising dan bermain dalam panggung kerana memang tempat mereka. Disini ada disediakan taman permainan untuk mereka. Anak bermain, ayah boleh tengok movie. Tapi kena pantau la sikit-sikit. Cahaya pun terang sikit dalam panggung ni.

Ada 2 jenis seat iaitu Kecil Family Bed dan juga Kecil Bean. Ikut kesesuai anda. Berikut merupakan antara lokasi yang ada panggung MBO Kecil

  • MBO Cinemas The Starling Mall Damansara Uptown
  • MBO Cinemas Tropicana Gardens Mall KD
  • MBO Cinemas AEON Mall Bandar Dato' Onn JB
  • MBO Cinemas Atria Shopping Gallery
  • MBO Cinemas Subang Parade
  • MBO Cinemas Square One Batu Pahat
  • MBO Cinemas AEON Midtown Falim Ipoh
  • MBO Cinemas Kuantan City Mall

Boleh dapatkan tiket secara online seperti biasa dan pilih hall KECIL. Filem yang ditayangkan hanya rating U atau PG-13 sahaja.

2. TGV For Kids

TGV For Kids

Untuk TGV, mereka ada menyediakan 3 jenis panggung atau hall untuk kanak-kanak iaitu Family Friendly, Junior dan Family Friendly Session. Tapi bagi lebih penjimatan, anda boleh dapatkan TGV Saver Pass disini.

a)  Family Friendly

Antara hall yang sesuai untuk kanak-kanak yang ingin cuba pertama kali menonton di pawagam. Ada playroom, tempat tukar lampin baby, bunyi yang tidak terlalu kuar, tandas kanak-kanak, pencahayaan yang lain dan pelbagai lagi. 

b)  Junior

Untuk hall Junior ni lebih untuk anak-anak bermain kerana ada permainan disediakan bersama taman permainan. Boleh main untuk 30 minit awal sebelum tayangan filem dimulakan. Anak-anak bebas untuk berlari, menjerit dan sebagainya. Setakat ini, hanya di TGV 1 Utama sahaja yang menyediakan hall Junior

c)  Family Friendly Session

Untuk hall ini ianya lebih fokus untuk ibubapa yang ingin menonton bersama anak-anak. Secara asanya masih sama seperti hall Family Friendly tetapi lebih fokus kepada tontonan sahaja.

Yang pastinya kesemua panggung ini hanya menayangkan filem U atau PG-13 yang terpilih. Anda boleh dapatkan tiket masuk secara online dan pilih jenis hall mengikut kesesuaian. Untuk info lanjut, boleh pergi ke pautan TGV Experience

3.  GSC Play Plus

GSC Play Plus

PlayPlus merupakan panggung khas disediakan oleh pihak GSC untuk keluarga dan anak-anak. Ianya bukan panggung biasa tetapi direka khas untuk hiburan kepada kanak-kanak. Disini juga ada taman permainan. Anak-anak boleh main, ibubapa boleh tengok movie dalam masa sama.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke pautan GSC PlayPlus

4.  Dadi Cinemas Lil Star

Dadi Cinemas Lil Star

Akhir sekali, jika anda ingin bawa anak-anak menonton wayang bersama, anda boleh bawa ke Dadi Cinemas. Disini ada sebuah hall jenis Lil Star khusus untuk kanak-kanak. Sama juga, menyediakan kawasan kanak-kanak bermain dan ada kerusi khusus untuk si kecil tersebut.

Hanya 2 lokasi sahaja bagi panggung wayang ini iaitu di Dadi DaMen Mall dan Dadi Pavillion Kuala Lumpur. Untuk info lanjut, boleh ke pautan Dadi Lil Star

Dengan adanya panggung yang mesra kanak-kanak dan keluarga serta sesuai untuk mereka ini, boleh la ibubapa menonton filem dengan tenang tanpa dapat apa-apa komen daripada penonton lain

Post a Comment

Previous Post Next Post