4 Kebaikan Scaling Gigi Yang Anda Perlu Tahu

4 Kebaikan Scaling Gigi Yang Anda Perlu Tahu

Tidak kira seberapa baik anda menjaga gigi, pembentukan plak dan karang gigi tidak dapat dielakkan untuk seorang orang. Ianya terbentuk dan kekal dalam mulut kita setiap kali kita makan dan minum yang pastinya itu berlaku setiap hari.

Jadi untuk menyingkirkannya, tidak boleh tidak anda perlu berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setiap empat hingga enam bulan. Menggunakan kaedah yang dipanggil Scaling (Cleaning), ianya akan mengikis lapisan pembentukan plak yang telah terbentuk tersebut.

Tetapi sebenarnya, rawatan scaling ini bukanlah semata-mata untuk membuat karang gigi, ianya lebih daripada itu. Dr Irma Shida ada kongsikan di twitter beliau 4 kebaikan menjaga kebersihan gigi dengan rawatan scaling.

Apa Itu Rawatan Scaling Gigi?

Pada mulanya, proses scaling adalah mengebaskan gusi, ianya bagi memastikan tiada kesakitan yang dirasai oleh pesakit. Setelah selesai, doktor akan menggunakan pengikis khas (scraper) untuk membuat timbunan serpihan seperti karang gigi. Ada juga menggunakan alat ultrasound bagi membuang kepingan yang lebih besar.

Kemudian air akan digunakan secara berterusan untuk membasuh serpihan bersama-sama sistem sedutan yang dipasang bagi mengeluarkan campuran air liur, air dan bahan lain daripada mulut pesakit.

Apa Itu Rawatan Scaling Gigi

4 Kebaikkan Menjaga Kebersihan Gigi Dengan Rawata Scaling

1.  Dapat Membersihkan Partikel Makanan

Rawatan scaling dapat membantu membersihkan kotoran degil yang sukar dicapai dengan berus gigi sekali gus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.

2.  Membersihkan Karang Gigi

Ini lah perkara yang biasa kita dengar tentang rawatan scaling gigi iaitu dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi. Doktor bagi tahu, tak sakit pun rawatan ni.

3.  Menghindari Penyakit Gusi

Selain itu, kaedah scaling ini juga dapat menghindari penyakit gusi. Ini kerana karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti gusi berdarah dan gusi bengkak. Sedikit sebanyak akan menganggu kehidupan seharian kita.

4.  Mengelak Perubahan Warna Gigi

Anda perlu tahu, scaling is not the same as teeth whiteling. Rawatan scaling tidak akan putihkan gigi anda tetapi bila karang gigi dibersihkan, ianya sekali gus dapat membantu mencegah perubahan warna gigi.

Bila kita tidak buat scaling dalam tempoh 6 bulan, gigi bukan sahaja cepat rosa tetapi warna gigi pun akan menjadi kuning dari semasa ke semasa.

Jadi jom pergi jumpa doktor gigi!

Post a Comment

Previous Post Next Post