Tahniah Late Night Frequency Dinobatkan sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2022

Late Night Frequency Dinobatkan sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2022

Tahniah Late Night Frequency dengan lagu Sinaran selepas dinobatkan sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2022 selepas mengalahkan 11 lagu lain yang turut bertanding pada malam tersebut.

Anugerah Lagu Indie 2022 (#ALI22) menampilkan 12 buah lagu yang bertanding bagi meraih gelaran juara bagi Anugerah Lagu Indie 2022. Ini pastinya sebuah penghargaan kepada pengkarya-pengkarya muzik indie yang bukan mainstream.

Pada malam itu, ALI22 dipertontonkan secara live menerusi lama Youtube rasmi Anugerah Lagu Indie bermula jam 9.00 malam. Peminat muzik indie pastinya ternanti-nanti setiap persembahan pada malam tersebut.

Antara barisan juri yang mengadili pada pada pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2022 ialah Jeff Yoodo, Gjie Rakita, Jenk, Adly Syairy Ramly, SXPH, Jennifer Thompsan dan Altimet beserta 4 hos yang memeriahkan lagi acara iaitu Bob, Zora, Aqilah dan Atoi.

ALI2022 kali ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 beserta trofi kepada juara. Manakala Naib Juara dan pemenang Tempat Ke-3 masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000 juga beserta trofi.

Senarai Pemenang & Juara Anugerah Lagu Indie 2022

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan dalam Anugerah Lagu Indie 2022:


Anugerah Terpaling Platinum Carta Indie Kita

SINARAN - LATE NIGHT FREQUENCY FEATURING ICHU
Pencipta Lagu: Moja & Ichu
Penulis Lirik: Moja & Ichu

Anugerah Lagu Popular

NARAKA - PURBAWARA
Pencipta Lagu: Purbawara
Penulis Lirik: Purbawara

Tempat Ke-3

YEARS AND DAYS - REZA SALLEH FEAT YONLYNN
Pencipta Lagu: Reza Salleh
Penulis Lirik: Reza Salleh, Anna Chong

Naib Juara

TIDAK SEMPAT MERASA INDAH - ELLY YUSNI
Pencipta Lagu: Elly Yusni & Eli Nyson
Penulis Lirik: Elly Yusni & Eli Nyson

Juara Anugerah Lagu Indie 2022

SINARAN - LATE NIGHT FREQUENCY FEATURING ICHU
Pencipta Lagu: Moja & Ichu
Penulis Lirik: Moja & Ichu

Post a Comment

Previous Post Next Post