Cara Beli Tiket Masuk Anugerah Juara Lagu 37

Cara Beli Tiket Masuk Anugerah Juara Lagu 37

Berita baik untuk peminat muzik tanah air apabila tiket masuk bagi menonton acara berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 37 boleh mula dibeli bermula pada Isnin, 23 Januari 2023 hingga ke seterusnya.

Seperti yang diumumkan, Anugerah Juara Lagu untuk edisi ke-37 akan berlangsung pada hari Ahad, 12 Februari 2023 yang bersiaran secara langsung dari Axiara Arena, Bukit Jalil. Juga akan disiarkan di saluran TV3 dan juga boleh strim di Tonton.

Acara tahunan ini yang diadakan bagi memartabatkan lagu terbaik kali ini membawa tema 'Demensi Muzik' iaitu menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik.

Kali ini sebanyak 12 lagu yang bakal berentap di pentas akhir AJL 37 bagi memenangi gelaran Juara Anugerah Juara Lagu sekali gus bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 bersama trofi.

Nak beli tiket masuk tak?

Berapa harga yang ditetapkan?

Harga Tiket Masuk Masuk AJL 37

Jadi berita baik untuk semua peminat, pihak pengurusan telah menetapkan 4 jenis tiket masuk iaitu untuk Aras 4, Aras 3, Arena dan Super VVIP. Harga adalah seperti berikut:

Aras 4 = RM50

Aras 3 - RM60

Arena (laluan khas) = RM150

Super VVIP (terhad 100 tiket) = RM300

  • Laluan khas
  • Pengalaman karpet merah
  • Pengalaman kamera 360 AJL 37
  • Beg tote AJL 37
  • Cenderahati Tonton

Cara Beli Tiket Masuk Anugerah Juara Lagu 37

Pembelian tiket AJL 37 boleh dibuat di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula Isnin, 23 Januari 2023.

  1. www.tonton.com.my
  2. Aplikasi Tonton - Play Store atau App Store

Jadi apa tunggu lagi, boleh dapatkan tiket segera sejurus selepas dibuka. Siapa cepat dia dapat.

Post a Comment

Previous Post Next Post