Jadual & Keputusan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Jadual & Keputusan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Pusingan seterusnya di peringkat kalah mati adalah pada Suku Akhir bagi kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang berlangsung bermula 9 hingga 11 Disember 2022 (Jumaat - Ahad).

Pusingan ini melibatkan 8 pasukan dengan 4 perlawanan yang membabitkan pasukan yang telah mengalahkan lawan masing-masing di pusingan 16 terbaik sebelumnya. Netherlands mengalahkan USA, 3-1, Argentina menang tipis dengan Australia, 2-1. Manakala France membelasah Poland dengan jaringan 3-1.

Finalist edisi 2018, Croatia menundukkan Jepun dalam aksi penentuan penalti selepas terikat 1-1. Sama juga seperti Sepanyol yang terpaksa akur dengan kekalah ditangan Morocoo dalam penentuan sepak penalti.

Portugal dan Brazil masing-masing membelasah lawan masing-masing 6-1 menentang Switzerland dan 4-1 menentang South Korea. Akhir sekali, England tidak berdepan masalah mengalahkan Senegal dengan jaringan 3-0

Antara pasukan yang layak ke pusingan Suku Akhir Piala Dunia Qatar 2022 adalah:

  1. Netherlands
  2. Argentina
  3. France
  4. England
  5. Croatia
  6. Brazil
  7. Morocco
  8. Portugal

*senarai penuh

Jadual & Keputusan Pusingan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Sama seperti pusingan sebelumnya dimana perlawanan hanya akan berlangsung dalam 2 waktu setiap hari iaitu pada pukul 11.00 malam dan 3.00 pagi dan kedua-duanya dalam waktu Malaysia. Ianya akan disiarkan secara langsung di Astro dan RTM.

Ini senarai penuh jadual perlawanan bagi pusingan Suku Akhir FIFA World Cup Qatar 2022:

Jumaat, 9 Disember 2022
AET : Croatia (1) - (1) Brazil [Pen : 4-2] - 9.00PM di RTM & Astro FWC 825

Sabtu, 10 Disember 2022
AET : Netherlands (2) - (2) Argentina [Pen : 3-4] - 3.00AM di Astro FWC 825
FT : Morocco (1) - (0) Portugal - 11.00PM di Astro FWC 825

Ahad, 11 Disember 2022
FT : England (1) - (2) France - 3.00AM di RTM & Astro FWC 825

Jadual & Keputusan Suku Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022


Post a Comment

Previous Post Next Post