Drama Chinta Arjuna Di TV3

Drama Chinta Arjuna Di TV3

Menyusuli The Pak Mat Clan, drama Chinta Arjuna akan mengisi slot Sakura bermula 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my.

Drama bersiri 15 episod yang bukan adaptasi novel ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua Abdullah dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon, Azizah Mahzan, Shahronizam Noor, Chomell Fana, Alif Hadi, Eddy Syamin, Raja Azmi, Elvina Chua, Nadia Brian dan ramai lagi

Sinopsis Drama Chinta Arjuna

Drama Chinta Arjuna mengisahkan tentang kehidupan Arjuna yang begitu sibuk berada di pejabat dan menguruskan perniagaan peninggalan arwah ayahnya sehingga tidak mempunyai masa untuk mencari teman wanita.

Malah disebabkan itu juga, dia langsung tidak tahu bagaimana untuk memikat wanita sehingga berita tersebar di internet kononnya Arjuna mempunyai hubungan atau skandal dengan seorang lelaki yang tidak sukakan perempuan.

Chinta merupakan pelajar tahun akhir di kolej. Dia berpegang teguh kepada prinsip menunggu cinta sejati dan tidak mudah untuk jatuh cinta sehingga berjumpa dengan yang ikhlas dan jujur untuk menawan hatinya. Prinsipnya telah menamatkan hubungannya dengan kekasihnya.

Desakan hidup memaksa Chinta untuk menerima kontrak yang ditawarkan oleh Nenda Arjuna yang mahu Chinta mengahwini Arjuna untuk mencari pasangan hidup buat cucunya. Saksikan liku-liku hubungan pasangan yang tidak diduga ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Chinta Arjuna bermula 13 Disember 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di Sakura TV3 dan Watch Tonton.

Drama Chinta Arjuna Di TV3

Drama Chinta Arjuna Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post