Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Drama siri original gempak, Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 akan mengisi slot rancangan di Astro bermula 21 Disember 2022, setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama bersiri 10 episod ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan penulisan skrip bersama daripada Marr Mohamad, Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper.

Naskah ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Adam Lee, Mimi Lana, Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Fadlan Hazim, Saif  Yunuz, Kween Keela, Meor Mohd, Ku Faridah, Mahmud Alibashah, Rita Rudaini dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999

Drama Akim dan Mira – Kisah Cinta 1999 ini mengisahkan tentang sepasang remaja iaitu Akim dan Mira yang saling mencintai antara satu sama lain.

Walaupun begitu, mereka perlu menerima ujian dan dugaan serta menghadapai pelbagai ranjau hanya kerana mereka adalah pasangan budak jahat dan pelajar bermasalah di sekolahnya.

Di hari pertama sesi persekolahan 1999, Akim bertemu Mira iaitu pelajar baru yang mengambil berat padanya. Sejak dari itu, Akim mula terpana dan jatuh cinta. Maka bermulalah kisah cinta mereka.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 bermula 21 Disember 2022, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Drama Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Di Astro Ria

Post a Comment

Previous Post Next Post