Koleksi Senarai Pantun Sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) 2022

Pantun Sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) 2022

Sekarang dah masuk musim pilihan raya kan dan rakyat Malaysia yang layak akan membuang undi pada 19 November 2022 (Sabtu) bagi memilih pemimpin menerajui negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam tempoh kempen, hampir setiap sudut di negara kita kita boleh lihat suasana perang bendera dan poster. Kemudian diikuti dengan siri jelajah ceramah bagi meraih kepercayaan setiap pengundi di tempat mereka bertanding.

Suasana ini kita boleh lihat hanya sekali sahaja dalam tempoh 5 tahun apabila ianya setiap kali akan memilih pemimpin yang baru atau calon-calon yang ingin bertanding kembali bagi merebut kerusi baik di peringkat Parlimen atau DUN.

Jadi musim pilihan raya ni mungkin anda ingin luahkan atau sampaikan ucapan kepada kenalan atau kongsikan di media sosial seperti di facebook, twitter, instagram atau twitter, apa kata anda sampaikan ucapan dalam bentuk pantun. Lebih menarik kan.

Mungkin juga ada pantun yang anda ingin sampaikan kepada calon yang bertanding, boleh juga gunakan perkongsian kami disini.

Senarai Ucapan Pantun Sempena Pilihan Raya Umum (PRU15)

Tak tahu nak pantun PRU macam mana? Jangan risau, disini kami kongsikan senarai ucapan dalam bentuk pantun yang anda boleh gunakan.

Pantun 1

Pulas-pulas pucuk ubi,
Orang sebelah tidak menyapa,
19 November hari mengundi,
Kalah menang itu adatnya.

Pantun 2

Tak kira menang atau kalah,
Ayoh kawan, rakan dan jiran,
Ke peti undi kita merubah,
Nasib cucu masa hadapan.

Pantun 3

Bunga Raya bunga Kebangsaan,
Warnanya merah memikat hati,
Di pilihan raya kita berlawan,
Menang kalah bersatulah nanti.

Pantun 4

Selamat datang kami ucapkan,
Kepada tetamu yang sudi datang,
Bukan selalu kehadiran kalian,
Ingatlah kami apabila menang

Pantun 5

Kalau berani menghunus keris,
Hunuslah keris kepada musuh,
Jangan hanya bermuka manis,
Tanpa bekerja bersungguh-sungguh,

Pantun 6

Tanam tebu di pinggir bibir,
Bibir lebar seluas melaka,
Kalau menang sudah ditakdir,
Rajin rajin nampakkan muka

Pantun 7

Menuai padi di kepala batas,
Jangan lupa tanjak di sawah,
Bila sudah ada di atas,
Jangan lupa kami di bawah.

Pantun 8

Hulu Selangor dataran permai,
Ramai tokoh pandai berpantun,
Datanglah mengundi beramai-ramai,
Ikut adat bersopan santun

Pantun 9

Jika ingin memilih cincin ,
Carilah yangg muat pakai dijari ,
Jika ingin memilih pemimpin,
Pilihlah pemimpin yang berintegriti

Pantun 10

Merah bunganya memikat hati,
Mari suntingkan untuk puteri,
Menang kalah bersatulah nanti,
Jangan pentingkan diri sendiri.

Pantun 11

Derma dikumpul ke dalam peti,
Peti menghempap kepala buaya,
Mari kita bersatu hati,
Melangkah menuju Putrajaya

Pantun 12

Bertanding pulak parti bebas,
Menegak prinsip ikhlas dan amanah,
Duit rakyat jangan dikebas,
Berjuang membasmi amalan rasuah

Pantun 13

Dari Muar ke Johor Bharu,
Tidak lagi bersinggah-singgah,
Kalau anda mahu yang baharu,
Pastikan pemimpin tidak rasuah. 

Pantun 14

Ceramah politik di sana sini,
Rakyat mendengar dengan teliti,
Janji manifesto yang dulu dan kini,
Rakyat menilai dari bukti.

Pantun 15

Tua dan muda tak kira usia,
Dengar ceramah cerita agenda,
Selamat mengundi rakyat Malaysia,
Masa depan negara pilihan anda.

Pantun 16

Tiup belon selang ketawa,
Baca cerpen sambil tergelak,
Semua calon tunjuk wibawa,
Bila berkempen jagalah akhlak.

Pantun 17

Kalau hendak memilih cincin,
Pilihlah cincin yang muat dijari,
Kalau hendak memilih pemimpin,
Pilihlah pemimpin bermaruah diri.

Pantun 18

Banyak terbang si burung camar,
Di pokok ara singgah menanti,
Banyak calon datang melabar,
Akan kupilih yang berintegriti.

Pantun 19

Nasi lemak harum berhalia,
Nikmat memakan tergigit lidah,
Berkempen dengan pekerti mulia,
Biar selari dengan aqidah.

Pantun 20

Berani kita kerana benar,
Usah leka jangan terlena,
Lama benar menanti sinar,
PRU15 kita bina semula negara

Post a Comment

Previous Post Next Post