Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Menyusuli Wanita Milik Tuan Putra, drama Terima Kasih Cinta akan mengisi slot Akasia bermula 30 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di siaran TV3 dan secara online watch.tonton.com.my

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel "Terima Kasih Cinta" karya Aisya Sofea merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azri Izhar dengan penulisan skrip daripada Ayuni Zamani.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Aida Khalida, Wan Sharmila, Azhar Amir, Aleza Shadan, Shah Rezza, Laila Nasir dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Drama Terima Kasih Cinta mengisahkan tentang pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya.

Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An.

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam.

Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami.

Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka.

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Terima Kasih Cinta bermula 30 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di Akasia TV3 dan Tonton.

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

sumber : honeybie.com

Post a Comment

Previous Post Next Post