Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama siri original bertajuk Sorry Naik Lori akan bersiaran bermula 4 November 2022, setiap hari Jumaat dan Sabtu, pukul 8.00 malam yang akan disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi di www.iq.com dan aplikasi mobile.

Drama 12 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Tsar Asia Sdn. Bhd., diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dengan nukilan skrip bersama daripada Afmy dan Mariana Hashim.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Ruhainies, Nazim Othman, Tajul, Sheila Mambo, Asha Zainul, Ahmad Suffian, Fattah Ali, Sky Iskandar, Shakira Stephen dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sorry Naik Lori

Drama Sorry Naik Lori mengisahkan tentang Khairul (Nazim Othman) iaitu pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia (Ruhainies) pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer.

Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai.

Nadia menolak nasihat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

Drama romantik komedi yang dipaparkan ini turut menceritakan pasang surut hubungan dan kehidupan keluarga yang mempunyai dinamik, kepercayaan dan gaya hidup yang berbeza pada era moden ini, yang sememangnya digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia hari ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sorry Naik Lori bermula 4 November 2022, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 8.00 malam di iQiyi.

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Drama Sorry Naik Lori Di iQIYI

Post a Comment

Previous Post Next Post