Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kuantan, Pahang

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Kuantan, Pahang

Mana orang Pahang terutamanya orang Kuantan yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Kuantan supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.

Mungkin orang tempatan yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.

Pasar malam di Kuantan ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain. Masing-masing menawarkan ratusan menu dan keunikan makanan yang dijual.

Jadi sekiranya anda nak dapatkan makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke mana-mana lokasi pasar malam yang disediakan.

Senarai Lokasi Pasar Malam di Kuantan

Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.

⏩ Barangan Keperluan Supermarket Murah - Disini

Ini merupakan senarai lokasi pasar malam dan Pasar Lambak near me di Kuantan yang beroperasi bermula pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Isnin

  • Pasar Malam Beserah
  • Pasar Malam Jaya Gading
  • Pasar Malam Lorong Alor Akar 15

Selasa

  • Pasar Malam Taman Tas
  • Pasar Malam Indera Sempurna

Rabu

  • Pasar Malam Balok
  • Pasar Malam Cederawasih

Khamis

  • Pasar Malam Lorong Sekilau 46
  • Pasar Malam Perhentian Gambang
  • Pasar Malam TMG Tg. Lumpur/Pasar Malam Inderapura

Jumaat

  • Pasar Malam Indera Mahkota 1
  • Pasar Malam Kuantan Garden

Sabtu

  • Pasar Malam UTC Pahang
  • Pasar Malam Sungai Isap

Ahad

  • Pasar Malam Taman Gelora

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan - LIHAT SINI

1 Comments

  1. Selasa: Pasar Malam Indera Sempurna
    Khamis: Pasar Malam TMG Tg. Lumpur / Pasar Malam Inderapura

    ReplyDelete
Previous Post Next Post