Senarai Kedai Nasi Lemak Sedap Dan Popular Di Kuala Lumpur

Senarai Kedai Nasi Lemak Sedap Dan Popular Di Kuala Lumpur

Di Malaysia, terdapat banyak pilihan sajian klasik yang diperkenalkan dan pastinya Nasi Lemak menjadi antara makanan utama disini. Rasanya semua orang sukakan Nasi Lemak.

Selain mudah didapati, nasi lemak juga mudah untuk disediakan dengan bahan-bahan yang digunakan senang untuk diperoleh. Anda hanya perlukan nasi, santan, sambal, ikan bilis, kacang, timun dan telur. Dah siap.

Nasi Lemak juga boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja samada ada pada waktu pagi atau boleh dijadikan sebagai makan malam. Ianya juga mudah didapati dimana-mana sahaja sama ada anda beli di kedai, gerai mahupun di restoren atau boleh secara pesanan online.

Sekiranya anda ingin ketahui kedai mana yang menyajikan Nasi Lemak yang sedap dan terkenal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, anda boleh tengok sini senarai yang dikeluarkan oleh pihak Foodpanda antara vendor yang mempunyai pesanan kedai Nasi Lemak yang tinggi.

5 Kedai Nasi Lemak Sedap Dan Popular Di Kuala Lumpur

#1.  Nasi Lemak Ayam Mafia

Nasi Lemak Ayam Mafia

Kedai yang popular ini terletak di Sepang dimana antara juadah utama mereka adalah Nasi Lemak ayam goreng. Anda boleh rasai sambal yang pedas dan berlemak kerana bahan-bahan yang digunakan diimport segar dari Thailand. Ayam goreng pula rangup dan berjus.

  • Lot 4888, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor
  • 9.00 Pagi - 11.00 Malam

#2.  Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha

Antara Nasi Lemak yang terkenal di Kampung Pandan yang anda kena cuba sendiri. Memiliki dua buah restoreng dan sebuah kilang untuk menghasilkan dan memasak sambal istimewa mereka. Nasi Lemak daun pisang yang kini berkembang maju dan menarik orang ramai untuk mencubanya sendiri.

Dapatkan Sambal Nasi Lemak Power DISINI

#3.  Nasi Lemak Kukus SS19

Nasi Lemak Kukus SS19

Orang Subang Jaya pasti dah tahu tentang Nasi Lemak Kukus SS19 ni kan. Ianya cukup dikenali dalam kalangan pekerja dan pelajar universiti di kawasan tersebut. Disini anda boleh nikmati juadah Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk seperti sambal sotong, rendang ayam, ayam goreng berempah dan pelbagai lagi.

  • Jln SS19/6, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor
  • 7.00 pagi - 12.00 tengah hari

#4.  Nasi Lemak Klasik, Amira Cafe

Nasi Lemak Klasik, Amira Cafe

Jika sebelum ini ada nasi lemak dengan menggunakan bahan import daripada Thailand. Untuk Nasi Lemak Klasik di Amira Cafe ini mereka menggunakan bahan import dari India yang menjadikan rasanya berbeza dengan nasi lemak yang lain. Mereka pun sudah berniaga sejak 80-an lagi sehingga kini. Ini menunjukkan sambutan terus diberikan oleh orang ramai untuk nikmati keenakan nasi lemak mereka.

⏩ Dapatkan Sambal Nasi Lemak Ready To Eat DISINI

#5.  Nasi Lemak Pak Li Kopitiam

Nasi Lemak Pak Li Kopitiam

Pak Li Kopitiam ini menghidangkan sajian tradisional rakyat Malaysia dengan harga berpatutan dan antara juadah utama mereka adalah Nasi Lemak. Mengenakan sambal dengan rasa unik yang tidak boleh didapati di mana-mana. Yang penting, anda kena cuba Nasi Lemak Ayam Goreng yang menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang datang ke sini.

Ada di beberapa cawangan seperti di Klang, Shah Alam Seksyen 13 dan Seksyen 7. Buka bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Sedap kan. Jadi apa tunggu lagi, boleh la cuba sekarang juadah Nasi Lemak di kesemua kedai yang disenaraikan ini. Anda boleh datang sendiri atau buat pesanana sahaja secara online di Foodpanda lebih muda.

Post a Comment

Previous Post Next Post