Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Kedah Tahun 2022

Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Kedah Tahun 2022

Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar termasuk di Kedah. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.

Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun Timur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi yang akhirnya membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.

Antara Barangan Keperluan Persediaan Banjir - DISINI

Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa dengan mangsa lemas dan sebagainya.

Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap sekarang. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.

Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.

Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Kedah

Berikut merupakan senarai hotspot dan kawasan kerap berlaku banjir di negeri Kedah untuk tahun 2022:

Langkawi

Jalan Penarak, SK Langkawi, Pekan Kuah, Padang Matsirat, Kg. Belibis, Teluk Yu, Kg Bayas, Kg Mata Air, Kg Ewa, Limbong Putra, Kg Bukit Kemboja, Ayer Hangat, Kg Muala Muda, Kg Gelam, Kuala Teriang, Sg Menghulu, Taman Langkawi, Kg Nyior Cabang dan Kg Syed Nahar

Kota Setar

Bukit Pinang, Kg Bohor, Kg Seri Pasir, Jalan Tanjung Bendahara, Taman Sri Permai, Jalan Sultanah, Jalan Pegawai, Lorong Titi Siam, Jeti Feri Kuala Kedah, Taman Wira Mergong, Jalan Teluk Wanjah, Simpang Kuala, Taman Dahlia, Jalan Putra, Taman Berjaya, Taman Dato Kumbar, Taman Gunung Bayu, Kg Gunung Sali, Taman Malik, Alor Siam, Derga, Taman Rakyat Mergong, Alor Gunong, Alor Melintang, Alor Pial, Alor Senjaya, Lorong Merpati, Jalan Gangsa, Taman Bawal, Jalan Stadium, Taman Sri Ampang dan Jalan Langgar

Yan

Kg Teroi Bukit, Singkir Genting, Taman Desa Aman, Simpang 3 Guar Chempedak, Belinda Taman Samudera dan Taman Selat

Kuala Muda

Sg. Bongkok, Taman Keranji, Kg Jerung, Jalan Lencongan Barat, Simpang Tiga Pasir, Kg Raja, Kg Batu 5 dan 8, Pengkalan Kakap, Padang Temusu, Kg Dakwah, Kg Tengah, Teluk Baiduri, Kg Tepi Sungai, Kg Padang Salim, Kg Siam, Kg Hj Wahab dan Pekan Gurun

Kulim

Taman Makmur, Taman Kulim Utama, Kg Gunung Bongsu, Kg Manggis, Kg Seberang, Padang Meha, Sg Kob, Banggol, Penyeggat, Kg Ulu Mahang, Kg Paya Mahang, Nagalilit, Padang Cina, Taman Sang Kancil, Hospital Kulim, Taman Sri Kulim, Taman Anggerik, Taman Selasih, Taman Saga, Taman Melur, Kg Desa Terona, Kg Paya, Padang Janggus, Kemunting Baru, Taman Berlian dan Taman Permata

Bandar Baharu

Kg Charok Meranti, Kg Keda Sg Tengas, Kg Tengah, Paya Semambu, Kg Kilang Batu, Taman Chaya Nilam, Parit Nibong, Kg Bukit Buluh, Sg Punti, Bagan Samak, Kg Padang, Taman Muafakat, Kg Tebok Mat Rashid dan Kg Pasir Debu.

Baling

Kg Ulu Tawar, Kg Air Kapal, Pekan Malau, Keda Bakai, Ulu Bakai, Kg Tok Wi, Kg Selarong, Kg Seputeh, Kg Kejai, Kg Kemangi, Bendang Sera, Kg Pantai, Kg Jernang, Kg Padang Lengkuas, Kg Iboi, Tanjung Pari, Bukit Iboi, Kg Tiak, Kg Teluk Merubi, Kg Charok Kangar, Kg Jerai, Kg Pak Bong, Kg Teluk Sanau, Kg Seberang Watt, Kg Hangus, Kg Cherok Rambai, Bukit Lagong, Kg Tanjung, Kg Sadek, Kg Tanjung Merbau, Kg Ketemba, Kg Banggul Cicar, Kg Charok Juan, Kg Bendang Pecah, Pekan Kupang, Guar Reban, Charok Sikin, Tanjung Merbau, Banggol Setang, Teluk Sg Limau, Kg Haji Abbas, Kg Batu 7, Kg Batu Lembu, Kg Bendung Padang, Kg Bandar, Kg Siput, Kg Baru, Kg Weng, Kg Sri Ketengga, Kg Batu 8, Chenerai Kota dan Kg Padang Empang

Sik

Charuk Pelandok, Kg Landai, Kg Lubuk Tualang, Kg Telaga Batu, Kg Lentang, Charok Padang, Kuala Bagia Charok Tarum, Paya Terendam, Sg Semiar, Kg Sik Dalam, Kg Belantik, Kg Bendang Man, Kg Surau, Kg Begia, Kg Radek, Kg Melaka, Kg Teroi Bukit, Kg. Bukit Hangus, Kg Chong, Kg Charuk Sireh dan Kg Pinang

Pokok Sena

Kg Jabi, Kg Derang, Kg Alor Kolon dan Kg Matang Kudung

Padang Terap

Kg Tanjung, Kg Perik, Kg Labi, Taman Perumahan Kuala Nerang, Kuala Janing, Kuala Pai, dan Kg Bonggol Kambing

Kubang Pasu

Pekan Changlun, Kg Gelam, Taman Bersatu, Taman Setia Jaya, Pekan Jitra, Taman Jitra Jaya, Pantai Halban, Kg Batas, Bukit Wang, Tg. Putus, Kg Belukar, SK Sintok, Jalan Napoh, Kg Pelubang, Kubang Jaya dan Jalan Jitra-Changlun.

Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Kedah Tahun 2022

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post