Harga Minyak Masak Turun Mulai 8 Oktober 2022

Harga Minyak Masak Turun Mulai 8 Oktober 2022

Ini pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia terutamanya apabila diumumkan harga runcit minyak masak sawit tulen botol turun berkuat kuasa pada 8 Oktober 2022 hingga 7 November 2022.

Pengumuman ini dibuat menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup.

Kerajaan telah melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oi bagi minyak masa sawit tulen botol 1 kilogram, 2 kilogram, 3 kilogram dan 5 kilogram.

Harga sebelum ini bagi minyak masa sawit botol; 1 kg (RM7.50), 2 kg (14.30), 3 kg (RM21.10), 5 kg (RM33.50)

Berikut merupakan senarai Harga Runcit Maksium terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol (8 Oktober - 7 November 2022)

  • 1 kg (turun 40 sen) = RM7.10
  • 2 kg (turun 80 sen) = RM13.50
  • 3 kg (turun RM1.20) = RM19.90
  • 5 kg (turun RM2.00) = RM31.50

Selepas ini, jika mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan dan boleh dikenakan penalti iaitu bagi individu boleh didenda sehinga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Manakala untuk syarikat boleh didenda sehingga RM500,000.

Selain itu, orang ramai juga boleh buat aduan jika terdapat mana-mana pihak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan atau kenakan harga yang lebih tinggi menerusi portal e-aduan.kdpnhep, emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my atau boleh whatsapp di 019-2794317.

Post a Comment

Previous Post Next Post