5 Senarai Android Player Kereta Terbaik Bawah RM800 Tahun 2022

5 Senarai Android Player Kereta Terbaik Bawah RM800 Tahun 2022

Jika anda rasa Android Auto hanya dipasangkan di kereta-kereta baru dan berjenama mewah, anda silap! Kerana kini semua kereta mampu untuk pasang Android Auto atau nama lain Android Player Kereta dengan harga yang berpatutan mengikut bajet.

Diluar sana, terdapat pelbagai jenama Android Player dengan pelbagai tawaran harga mengikut spesifikasi. Pastinya lebih mahal, lebih ciri yang ditawarkan. Tetapi itu bukan bermakna yang harga murah tidak berkualiti. Mungkin anda hanya sekadar perlukan beberapa satu dua ciri dan fungsi sahaja.

Tahukah anda, dengan harga bawah RM800 pun sebenarnya anda boleh dapatkan pelbagai jenis Android Player yang terbaik yang ada di pasaran. Tak perlu beli harga yang beribu-ribu untuk pasang atau install di kereta.

Secara asasnya, anda boleh sambungkan internet di Android Player, dapat dengar spotify, boleh tengok video Youtube, boleh waze, rasanya sudah memadai bagi menggantikan smartphone anda ketika berada di dalam kereta.

Semuanya mampu berfungsi seperti peranti Android tetapi ianya lebih besar dan diletakkan di dashboard kereta supaya penumpan dan pemandu mudah mendapatkan akses kepada Android Player tersebut.

5 Senarai Android Player Terbaik Bawah RM800 Tahun 2022

Jadi disini terdapat 5 Android Player terbaik yang anda boleh dapatkan di kedai atau beli sahaja secara online yang pastinya lebih murah dengan tawaran harga bawah RM800 sahaja.

#1.  Mohawk MS Series QLED

Mohawk MS Series QLED

Mohawk antara jenama yang dipercayai menyediakan peranti seperti Android Player untuk kereta ini. Pelbagai variasi model yang ditawarkan mengikut bajet dan spesifikasi yang anda mahu. Ini antara model MS T3L dengan harga kurang RM800 tetapi menawarkan spesifikasi yang terbaik

  • Jenis Skrin : IPS 2.5D QLED
  • Saiz Skrin : 9-inci & 10-inci
  • Resolution : 1280 x 720
  • GPS : IGO, Sygic, Waze, Google Map
  • RAM : 1GB
  • Memory : 16GB
  • Bluetooth : Ada
  • Wifi : Ada
  • Waranti : 12 Bulan
  • Harga : RM549

⏩ Beli Sini : Shopee | Lazada

#2. Soundstream

Soundstream

Android Player daripada Sounstream ini menawakan sambungan 4G LTE. Ini bermakna, anda boleh masukkan kad sim dan berfungsi sama seperti telefon pintar anda juga. Harga yang ditawarakn juga cukup berpatutan.

  • Android : Android 8
  • Jenis Skrin : QLED IPS
  • Saiz Skrin : 9-inci
  • Resolution : 1280 x 720
  • GPS : Ada
  • RAM : 1GB
  • Memory : 16GB
  • Bluetooth : Ada 5.0
  • Wifi : 12 Bulan
  • Waranti : RM688

⏩ Beli Sini : Shopee | Lazada

#3. Mekede M300S

Mekede M300S

Antara Android Player yang menawarkan sistem Android yang terbaru iaitu Android 10. Tambahan pula skrin menggunakan QLED yang menjadikan kualiti skrin lebih baik.

  • Android : Android 10
  • Chipset : Octa Core 7862 fastest chipset
  • Saiz Skrin : 7-inci
  • Resolution : 1280 x 720
  • GPS : Ada
  • RAM : 3GB
  • Memory : 32GB
  • Bluetooth : Ada 5.0
  • Simcard : Ada 3G/4G
  • Wifi : Ada
  • Waranti : 12 Bulan
  • Harga : RM790

⏩ Beli Sini : Shopee | Lazada

#4. VESCUS QLED Screen Android Player

VESCUS QLED Screen Android Player

Lepas ni kalau anda nak tonton live, dengar muzik secara online, main game, tengok movie dalam kereta, lebih mudah guna Android Player daripada VESCUS ini. Boleh sambungkan dengan wifi atau masukkan je kad sim. Support 4G juga.

  • Sistem : Android 11
  • Chipset : T3L Processor
  • Jenis Skrin : 2.5D QLED
  • Saiz Skrin : 9-inci
  • Resolution : 1280 x 720
  • GPS : Ada
  • RAM : 2GB
  • Memory : 32GB
  • Bluetooth : Ada
  • Simcard : Ada 4G
  • Wifi : Ada
  • Waranti : 12 Bulan
  • Harga : RM688

⏩ Beli Sini : Shopee | Lazada

#5. Toney TS10 Android Player

Toney TS10 Android Player

Ini satu-satunya dalam senarai ini yang menawarkan sambungan Apple Carplay dan Android Auto. Bukannya menggunakan antaramuka seperti smartphone. Jadi lebih menarik dengan fungsi yang ditawarkan daripada sistem tersebut.

  • System : Android 10.1
  • Chipset : TS10, Unisoc uis7862
  • Jenis Skrin : 2.5D IPS
  • Saiz Skrin : 10-inci
  • Resolution : 1280 x 720P
  • GPS : Ada
  • Apple Carplay/Android Auto : Ada
  • RAM : 4GB
  • Memory : 32GB
  • Bluetooth : Ada 5.0
  • Simcard : Ada 4G
  • Wifi : Ada
  • Waranti : 1 Tahun
  • Harga : RM655

⏩ Beli Sini : Shopee | Lazada

Diharapkan perkongsian ini memberi pilihan untuk anda yang sedang mencari sebuah Android Player untuk kereta dengan bajet yang berpatutan tetapi menawarkan spesifikasi yang terbaik.

Post a Comment

Previous Post Next Post