Hanya Bayar RM5 Dan Naik LRT Tanpa Had Untuk 1 Hari Menerusi MyCity Pass - Ini Caranya

Bayar RM5 Dan Naik LRT Tanpa Had Selama Sehari Guna MyCity Pass

Di Kuala Lumpur terdapat banyak lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi dan anda boleh lawati tempat-tempat tersebut dengan mudah kerana adanya akses pengangkutan awam terutamanya LRT.

Dengan adanya pengangkutan awam seperti LRT ini, anda tidak perlu memandu kereta dan bersesak-sesak dalam kesesakan bandaraya yang sepertinya tidak akan selesai. Tapi anda masih boleh elak perkara tersebut dengan menggunakan pengangkutan awam.

BACALokasi Terpilih Untuk Anda Dapatkan Kad Baru NFC Touch 'n Go

Jadi anda bebas untuk pergi kemana-mana pusat pelancongan di tengah kota raya tanpa 'stress' dijalan raya dan boleh juga sampai ke destinasi dengan waktu yang anda sendiri tetapkan. LRT kan ada waktu-waktu dia, jadi boleh lah atur perjalanan kan.

Tetapi kalau kita jalan seharian menaiki LRT tersebut, pastinya banyak kos yang perlu ditanggung dimana anda perlu naik turun beberapa stesen. Itu kalau anda sempat untuk habiskan sesi jalan-jalan dalam sehari. Kalau anda jalan berhari-hari, tambah lagi kos pengangkutan kan.

Jika disebabkan itu antara perkara yang mungkin menghalang anda untuk nikmat perjalanan di ibu kota, anda perlu fikir sekali lagi kerana kini anda tidak perlu risau lagi apabila diperkenalkan MyCity Pass dimana anda hanya perlu bayar RM5 sahaja menggunakan kad Touch n' Go untuk naik LRT tanpa had selama sehari.

Ya Lima Ringgit Sehari dan anda boleh naik turun mana-mana stesen LRT tanpa perlu bayar lebih. Khusus untuk semua rakyat Malaysia sahaja.

Apakah MyCity Pass

MyCity Pass ialah pas perjalanan dimana menawarkan menaiki tanpa had menggunakan rel Rapid KL iaitu LRT, MRT, Monorel dan rangkaian BRT selama 1 hari atau 3 hari. Ianya hanya terhad untuk rel Rapid KL sahaja manakala untuk bas tidak boleh. Kena bayar macam biasa.

Bayar RM5 Dan Naik LRT Tanpa Had Selama Sehari Guna MyCity Pass

Anda boleh beli pas perjalanan tersebut pada bila-bila masa sepanjang bulan dan boleh gunakan sepanjang hari sama ada 1 hari atau 3 hari.

Jenis MyCity Pass & Harga

1. Pas 1 Hari MyCity Pass

Untuk Pas 1 Hari, anda hanya perlu bayar RM5 ke dalam kad Touch n' Go dan jika tiada kad TnG, anda boleh beli dengan harga RM15 termasuk pas-1-hari tersebut.

⏩ Beli Kad Touch n' Go Cantik - DISINI

2. Pas 3 Hari MyCity Pass

Manakala untuk Pas 3 Hari, anda hanya perlu bayar RM15 jika anda sudah mempunyai kad TnG. Jika anda ingin beli baru termasuk pas-3-hari, anda perlu bayar RM25.

Dapatkan MyCity Pass Dengan Harga RM5.00 Untuk Akses Tanpa Had Menaiki LRT

Anda boleh membeli MyCity Pass dari Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL sahaja di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT. Anda tidak boleh beli di mesin.

Semua jenis LRT boleh guna MyCity Pass

Sila bawa MyKad dan tunjukkan kepada pegawai yang bertugas semasa membeli. Minta sama ada Pas 1-Hari atau Pas 3-Hari. Kemudian bagi kad Touch n' Go anda untuk dikodkan dengan MyCity Pass. Pastikan baki sekurang-kurangnya ada RM5

Tapi kalau tiada kad TnG, sama ada boleh beli di kaunter atau boleh sahaja gunakan MyKad baru yang tertera logo TnG. Boleh jimat kan.

Cara Guna MyCity Pass

Jika sudah selesai buat bayaran dan anda dapat semula kad TnG anda, kini boleh terus naik mana-mana stesen LRT dengan scan atau imbas ketika melalui pagar automatik dengan kad TnG anda tersebut.

Jika ingin keluar pun sama, hanya perlu imbas sahaja menggunakan kad TnG yang sama. Seterusnya anda boleh la naik turun LRT tanpa had selama satu hari. Ianya mengikut hari tau, bukan 24 jam. Jadi pukul 12.00 malam dah tak boleh guna.

Lepas ni, boleh la anda bebas untuk pusing-pusing Kuala Lumpur naik LRT tanpa perlu fikir kos kerana anda hanya perlu bayar RM5 sahaja sehari. Mudah dan murah kan!

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke MyRapid MyCity Pass.

Post a Comment

Previous Post Next Post