Senarai Coffee Machine Terbaik Harga Bawah RM300 Tahun 2022

Senarai Coffee Machine Terbaik Harga Bawah RM300 Tahun 2022

Sekarang di luar dah banyak kedai kopi dan menjadi tranding atau ikutan dimana-mana sahaja. Apa kata lepas ni, kita buat je sendiri kopi di rumah dengan menggunakan mesin kopi atau Coffee Machine mampu milik dan boleh jimat berbanding di rumah.

Sekarang pun sudah ada coffee machine untuk kegunaan di rumah dimana hanya menggunakan kuasa yang minimal, bersaiz kecil dan cukup sekadar untuk brew kopi untuk kita dan sekeluarga sahaja. Disini anda bebas untuk mencuba apa-apa jenis kopi sekali pun.

Kalau di kedai, kebiasaanya mereka menggunakan coffee machine yang mahal, harga ribuan ringgit. Ini kerana bagi memenuhi kapasiti pelanggan yang ramai. Kalau di rumah, beli yang murah sahaja sudah mencukupi.

5 Coffee Machine Terbaik Bawah RM300 Untuk Tahun 2022

Nak tahu coffee machine terbaik apa dengan bawah RM300 untuk anda beli, boleh tengok senarai dibawah. Ini senarai untuk anda

1.  Giselle Espresso KEA0330RD

Giselle Espresso KEA0330RD

Dengan harga RM164 sahaja, ianya membekalkan kapasiti yang mampu menghasilkan sehingga 4 cawan atau sekitar 0.24L. Selain itu, nozzle yang digunakan mampu untuk menghasilkan buih susu yang menarik. Sangat sesuai untuk beginner yang baru mula untuk guna buat kopi sendiri menggunakan mesin kopi.

  • Tekanan : 3.5 Bar
  • Kapasiti : 0.24 L (4 cawan)
  • Power : 8000 W
  • Berat : 2.7 Kg
  • Waranti : 2 Tahun
  • Harga : RM164.88

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

2.  Donlim Espresso DL-KF5400

Donlim Espresso DL-KF5400

Dengan mesin kopi ini, anda boleh sediakan Italian Condense, Espreso, Cappucino, Latte, Mocha dan banyak lagi. Ini kerana ianya mampu memberikan tekanan sehingga 20 Bar yang pastinya kopi anda akan nampak lebih halus dan wangi.

Walaupun mampu menampung dengan tekanan yang tinggi, ciri-ciri keselamat yang disediakan juga terbaik. Ada automatic shut-down, protective valva dan beberapa lagi. Juga terdapat 3 sistem yang memudahkan anda iaitu Hot Water System, Extraction System dan Steam System.

  • Tekanan : 20 Bar
  • Kapasiti : Sehingga 4 cawan
  • Power : 1050 W
  • Berat : 3.3 Kg
  • Waranti : 1 Tahun
  • Harga : RM288.90

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

3.  BS BOSS Espresso

BS BOSS Espresso

Antara mesin kopi dengan harga bawah RM300 yang terbaik dengan menyediakan sistem 3-dalam-1 iaitu Hot Water Function, Extrac Function dan Steam Function. Boleh sediakan 2 cawan kopi dalam satu masa.

Memberikan tekanan yang tinggi sekali gus menghasilkan kopi yang halus dan wangi. Ditambah dengan kapasiti sebesar 1.2 L dan ada meter suhu juga memang best la kalau nak buat kopi sendiri di rumah.

  • Tekanan : 20 Bar
  • Kapasiti : 1.2 L
  • Power : 1050 W
  • Waranti : 6 Bulan
  • Harga : RM294

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

4.  Giselle Espresso KEA0333

Giselle Espresso KEA0333

Ini juga satu lagi mesin kopi yang sangat sesuai untuk beginner dan menjadi antara yang paling popular di pasaran setakat ini. Dengan saiz yang kompak dan sesuai untuk letak di dapur dan tidak makan ruang yang terlalu besar.

Dengan tawaran 19 bar pressure dan fronther, anda boleh buat cappucino sendiri di rumah. Selain itu juga, ada 2 filter dan 2 cup kopi dengna butang 'touch control' yang buatkannya nampak premium dan bergaya

  • Tekanan : 19 Bar
  • Kapasiti : 1.0 L 
  • Power : 1350 W
  • Berat : 4.08 Kg
  • Waranti : 2 Tahun
  • Harga : RM279.99

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

5.  Samu Giken Espresso CM20RG

Samu Giken Espresso CM20RG

Berikutnya senarai Coffee Maker atau Mesin Kopi terbaik dengan harga bawah RM300 adalah dari jenama Samu Giken yang juga sesuai untuk pemula yang baru berjinak nak brew kopi sendiri di rumah.

Walaupun tidak mengenakan pressure yang tinggi, ianya masih mampu menghasilkan kopi yang terbaik. Manual yang disediakan juga mudah untuk anda ikuti disamping ciri keselamatan tetapi dititkberatkan.

  • Tekanan : 3.5 Bar
  • Kapasiti : 240 mL (4 Cups)
  • Power : 800 W
  • Berat : 3 Kg
  • Harga : RM179.90

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

Diharapkan 5 pilihan Coffee Machine dengan harga bawah RM300 ini memberikan anda pilihan untuk mencari sebuah mesin kopi mengikut bajet anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post