Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

Kini kita sudah masuk ke bulan Kemerdekaan dimana rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos pada setiap tahun. Ketika inilah kita akan dapat lihat banyak bendera Malaysia dikibarkan.

Dalam tempoh ini juga kita digalakkan untuk kibarkan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang di kediaman, premis-premis perniaagaan, kedai-kedai, gerai-gerai dan boleh letak di kereta sebagai lambang kebesaran dan kedaulatan negara disamping menyatakan semangat akan cintakan tanah air.

Setiap rakyat iaitu kita semua berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang tetapi mestilah mengikut syarat, arahan atau panduan yang ditetapkan. Jalur Gemilang perlu dikibarkan secara tertib seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguasa.

{tocify} $title={Table of Contents}

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

Terdapat beberapa tatacara pemasangan bendera mengikut keadaan. Berikut merupakan keadaan Jalur Gemilang mengikut jenis bendera dan cara pemasangan

Dapatkan Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) secara online DISINI

1)  Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja untuk saiz biasa. Bendera tidak boleh digantung secara terbalik dan tidak boleh digantung secara menegak

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

2)  Sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga. Tidak boleh disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak.

Selain itu bendera berbentuk segitiga tidak boleh disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline)

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

3)  Banner Malaysia mestilah dikibarkan secara menegak dan bukan melintang. Ianya harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya. Dari sudut hadapan, kiri Banner Malaysia bermula dengan jalur berwarna merah dan diakhiri dengan jalur berwarna putih.

Cara Gantung Bendera Malaysia Dengan Betul

Jadi jangan lupa untuk teruskan kibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan ini. Mana yang belum dapatkan, boleh beli di kedai-kedai atau beli sahaja secara online - DISINI


Sumber : Merdeka360 (Jabatan Penerangan Malaysia)

Post a Comment

Previous Post Next Post