Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

1 Julai yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan secara rasmi logo dan tema yang akan digunakan sempena Hari Kebangsaan 2022 atau biasanya dikenali dengan Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia 2022.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri.

Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-58, tema yang dipilih adalah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' iaitu selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Manakala logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet yang melambangkan perbangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Selain itu, ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Maksud Disebalik Tema

maksud tema hari merdeka 2022

#KeluargaMalaysia adalah merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh - bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama - membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan

Teguh Bersama yang mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Maksud Disebalik Logo

maksud logo hari merdeka 2022

Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet - Melambangkan pembangunanan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat

Tiga Jalur Biru, Merak dan Kuning - Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni

Titik Merah - Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan

Kedudukan Yang Berselang-Seli - Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama

Jadi anda boleh dapatkan dan download logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di laman web rasmi di merdeka360.

Post a Comment

Previous Post Next Post