Spiderman No Way Home Akan Ditayangkan di Netflix Pada 13 Julai Ini

Spiderman No Way Home Akan Ditayangkan di Netflix Pada 13 Julai Ini

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila filem MCU paling epik tahun 2022, Spiderman No Way Home akan ditayangkan di platform penstriman Netflix Malaysia bermula 13 Julai 2022.

Mungkin ramai yang jangka Spiderman No Way Home ini juga akan boleh distrim di Disney+ atau Disney+ Hotstar kerana ianya dibawah Marvel Studios dan juga beberapa siri Marvel (Daredevil, Iron Fist, The Punisher) sebelum ini yang berada di Netflix sudah available di Disney+.

Ini pastinya atas perjanjian yang dibuat oleh pihak Netflix bersama Sony yang mana masih ada hak penyiaran untuk beberapa tahun sebelum ianya berpindah ke Disney+ pula. Jadi tonton sahajalah di Netflix selepas ini.

BACACara Daftar Netflix Dengan Yuran Langganan Serendah RM17 Sebulan

Spiderman No Way Home Akan Ditayangkan di Netflix Pada 13 Julai Ini

Spider-Man; No Way Home telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia pada Disember 2022 yang lalu dan telah berjaya mengutip $1.9 bilion.

Ianya merupakan filem MCU pertama yang memaparkan konsep Multiverse dengan memperkenalkan pelbagai watak Spiderman daripada filem-filem lakonan Tobey Maguire dan Andrew Garfield disamping watak-watak antagonis.

Juga terdapat Tom Halland, Zendaya, Benedict Cumberbatch, Jacob Batalon dan ramai lagi pelakon yang terlibat dalam filem ini.

Tonton Di Netflix : Spider-Man No Way Home

Post a Comment

Previous Post Next Post