5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tonton Incantation Di Netflix

5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tonton Incantation Di Netflix

Sekarang tengah hype sebuah sebuah filem seram Taiwan di Netflix berjudul Incantation. Di Malaysia kini ianya disenaraikan dalam senarai Top 10 yang pastinya ramai yang kini sedang menontonnya.

Tapi ada yang mengatakan filem ini 'terlalu seram' sehinggakan ada yang memberitahu dan menasihatkan untuk tidak menonton filem tersebut. Tapi kenapa?

Sebelum itu, jom kita tengok sinopsis ringkas tentang filem ini.

Sinopsis Filem Incantation

Filem Incantation mengisahkan tentang Li Ronan yang terkena sumpahan akibat melanggar pantang larang agam ketika mengejar konten. Akibat daripada itu, sumpahan tersebut kini diwarisi oleh anak perempuannya.

5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tonton Incantation

5 sebab ini dikongsikan oleh seorang pengguna twitter iaitu Jeffry Zain yang tidak menggalakkan anda menonton filem tersebut.

5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tonton Incantation Di Netflix

#1 -  Kisah Benar

Incantation diadaptasi daripada kisah benar sebuah keluarga penganut kultus yang pernah menggemparkan Taiwan tidak lama dahulu.

Walaupun terhadap olahan dari segi watak dan jalan cerita, ini bukan fiksyen. This is real

#2 - Bergenre Found Footage

Adakah anda suka filem dengan genre found footage ini seperti filem-filem berikut:

  • The Blair Witch Project (1999)
  • Noroi: The Curse (2005)
  • Paranormal Activity (2007)
  • The Taking Of Deborah Logan (2014)
  • As Above, So Below (2014)
  • Gonjiam: Haunted Asylum (2018)
  • Host (2020)

Jika anda tak suka, anda jangan tonton filem ini.

#3 - Jalan Cerita Non-Linear

Incantation adalah sebuah filem yang anda perlu tonton attentively atau penuh perhatian. Jalan cerita yang tidak mengikut kronologi boleh mengelirukan dan membuatkan anda hilang minat dan fokus

#4 - Kanak-Kanak

Anda anda seorang ibu kepada anak kecil ataupun anda sedang hamil?

Jika ya, elakkan daripada menonton filem ini kerana penderitaan dialami oleh anak Li Ronan boleh mengganu emosi. Ada adegan yang nampak sangat real dan juga kepada Trypophobics, jangan lah tengok cerita ini.

#5 - Mantera

Ini yang paline penting.

Pelawaan Li Ronan agar penonton sama-sama membaca mantera bukanlah sekadar ajak-ajak ayam.

Ia bersebab. Mantera itu adalah penawar kepada sumpahan anaknya, serta bertujuan untuk mengagih-agihkan sumpahan itu kepada penonton.

5 Sebab Kenapa Anda Tak Patut Tonton Incantation Di Netflix

Jadi itu adalah 5 sebab kenapa anda tak patut tonton filem Incantation. Tetapi jika mahu tonton juga, silakan.

Tapi bersiap sedialah dengan tiga benda yang boleh menggembirakan hati seperti yang dicadangkan oleh Li Ronan kepada anaknya untuk menghalau hantu melekat di siling yang mungkin tiba-tiba menjelma di malam hari.

Tonton Di Netflix : Incantation


sumber : twitter Jeffrey Zain

Post a Comment

Previous Post Next Post