Kebaikan Refleksologi Dan Tips Urutan

Kebaikan Refleksologi Dan Tips Urutan

Kita mungkin sudah bekerja setiap hari tanpa henti dan pastinya ianya akan memberikan tekanan kepada tubuh badan. Jadi mungkin perlukan satu aktiviti atau rawatan bagi mengurangkan bebanan pada badan supaya menjadi Kembali normal dan salah satu cara adalah menerusi reflesologi.


Refleksologi merupakan salah satu rawatan kesihatan badan yang mampu membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali pada tahap optimum.

Tekniknya adalah dengan mengurut titik refleksologi di sekitar tapak kaki pesakit. Sangat selamat dan setiap kali berasa kesakitan ketika dipicit menjadi penunjuk bahawa anda mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanakah Rawatan Refleksologi Tersebut

Menurut pakar refleksi, titik refleksi adalah Kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya Kawasan refleksi ini bertabur hampir seluruh bahagian badan.

Oleh kerana Kawasan pusat saraf terdapat pada kaki, maka pakar tidak menggalakkan memakai kasut sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai atau kasut hujung tirus yang kebiasaanya dipakai oleh perempuan.

Kebaikan Refleksologi Dan Tips Urutan

Antara penyakit yang sering terjadi disebabkan oleh kasut sempit adalah penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelenjar tiroid, paru-paru dan bronkus.

Rawatan atau urutan refleksologi sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ia pastinya memberi kesegaran berpanjangan, malah meningkatkan daya ketahanan dan menambah keselesaan ketika bergerak dan mampu untuk bekerja dengan lebih selesa.

Tip Rawatan Refleksologi

Terdapat 6 tips rawatan refleksologi untuk anda amalkan iaitu

  1. Tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan
  2. Semasa mengurut, pada satu-satu masa hanya satu Kawasan sahaja yang diurut. Kemudian telah selesai barulah berpindah pada kawasan refleksi lain
  3. Apabila selesai satu-satu sesi pengurutan, pesakit haruslah minum air sebanyak 2 hingga 3 gelas air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi pesakit buah pinggang
  4. Bagi Kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh diurut terlalu keras bagi mengelakkan kesan sampingan daripada berlaku
  5. Kepada pesakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, sakit kuning atau barah, cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu masa pengurutan
  6. Bagi mereka yang sedang mendapatkan rawatan doctor disarankan agar menghentikan terlebih dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat tersebut oleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara urutan refleksi ini

Untuk anda lakukan urutan refleksologi, pastikan anda kenal dahulu keadaan diri anda adakah sesuai untuk lakukan rawatan tersebut. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Previous Post Next Post