Justin Bieber Alami Sindrom Ramsay Hunt. Apakah Sebenarnya Penyakit Tersebut?

Justin Bieber Alami Sindrom Ramsay Hunt. Apakah Sebenarnya Penyakit Tersebut?

Penyanyi popular, Justin Bieber baru-baru ini ada upload video di laman Instagram milik beliau dimana memberitahu peminatnya dia sedang mengalami Sindrom Ramsay Hunt yang mana muka sebelahnya lumpuh.

Dalam video tersebut, Justin Bieber kongsikan keadaan wajahnya sebelah kanan seakan tiada pergerakan seperti pada mukanya pada bahagian kiri apabila beliau kelipkan mata, lakukan pergerakan hidung dan senyum. Hanya sebelah muka sahaja memberi respond.

Beliau juga memberitahu kepada peminatnya yang mana konsert Justin Bieber Tour terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan yang tidak mengizinkan dan berharap peminatnya mendoakan kesihatan sehingga kembali sedia kala.

Tapi apakah sebenarnya sindrom Ramsay Hunt yang mana menyebabkan hanya sebelah muka sahaja paralyse atau lumpuh? Untuk ketahui lebih lanjut, Dr Kamarul Ariffin ada kongsikan tentangnya di laman twitter beliau.

Apakah Itu Singdom Ramsay Hunt?

Sindrom Ramsay Hunt ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami Cacar Air (Chicken Pox). Ini kerana ianya disebabkan oleh jangkitan Varicella-Zoster iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (Shingles)

Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi singrom Ramsay Hunt.

Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurunan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser serta mereka yang berpenyakit kronik.

Gejala Sindrom Ramsay Hunt

Sindrom Ramsay Hunt kelihatan hampir serupa dengan Bell's Palsy, tetapi gejalanya lebih banyak. Antaranya ialah:

  • Sakit telinga
  • Pendengaran terjejas
  • Kelumpuhan sebelah muka
  • Ruam berlepuh (seperti kayap)
  • Vertigo (pening berpusing)
  • Kering mata dan mulut

Cara Rawatan Ramsay Hunt

Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap iaitu:

  • Ubat antiviral
  • Abat kortikosteroid
  • Analgesik (tahan sakit)
  • Terapi (Fisioterapi dan cara kerja)

Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang untuk pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya bagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.


sumber : @dr_chaku

Post a Comment

Previous Post Next Post