Cara Pilih Kasut Pengantin Dengan Betul Khusus Untuk Ratu Sehari

Cara Pilih Kasut Pengantin Dengan Betul Khusus Untuk Ratu Sehari

Kasut pengantin adalah aksesori paling penting bagi melengkapkan keseluruhan si pengantin atau ratu sehari pada majlis pernikahan mahukan persandingan.

BACATarikh Cantik Untuk Kahwin Tahun 2022

Pemilihan kasut yang selesa harus diberi pertimbangan utama agar tidak mendatangkan 'rasa perit' dan kesusahan sepanjang mengharungi tempoh masa majlis berlangsung.

Ditambah lagi apabila, pasangan pengantin keluar untuk weeding shooting di luar kawasan dan pastinya perlukan pergerakan disamping perlu nampak cantik dan sempurna dalam setiap gambar dan keadaan dari atas sampai bawah.

Bagaimana Cara Untuk Pilih Kasut Penganting Yang Sesuai Dengan Betul?

Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pemilihan kasut pengantin yang sesuai dengan si pemakai.

Material Berkualiti

Sepatu tumit tinggi adalah pilihan popular ramai pengantin masa kini. Namun ada juga yang berani memilih gaya yang unik atau dengan rekaan tradisional untuk disarungkan di majlis raikan cinta.

Walaupun apa pun rekaan atau jenis kasut pilihan anda, pastikan materialnya berkualiti dan bermutu tinggi. Fabrik mewah seperti satin, silk atau lace pada sepatu pasti menaikkan aura glamorous anda dihari persandingan.

Antara kasut pengantin yang anda boleh dapatkan seperti ini Link 1 | Link 2 | Link 3

Cara Pilih Kasut Pengantin Dengan Betul Khusus Untuk Ratu Sehari

Rona Sepadan Busana

Meskipun ia sesuatu yang kecil di hujung kaki anda dan mungkin terselindung di sebalik persalinan beralun canti, namun pemilihan rona kasut yang sepadan juga harus diberi perhatian.

Anda boleh memilih kasut dengan bayangan berbeza daripada busana tetapi tetap memberi kesan harmoni seperti rona emas atau perak. Jika ingin tampak lebih menonjol, pilih kasut dengan perhiasan seperti manis, rhinestones atau mutiara sebagai pelengkap gaya.

Antara kasut pengantin yang anda boleh dapatkan seperti ini Link 1 | Link 2 | Link 3

Sesuai Dengan Penampilan

Kenali personaliti diri sebelum memilih ketinggian sepatu bertumit tinggi. Jika anda bukan kategori 'ayu' jangan terlalu berani memilih sepatu atau kasut tujuh inci. Salah langkah, boleh tumbang la jawabnya.

Sesuaikan juga dengan ketinggian kasut dengan bentuk badan anda. Bagi berbadan comel, cukuplah sekadar memilih kasut atau sepatu bertumit sederhana atau anda boleh memilih jenis wedges. Keselesaan dan keyakinan melangkah, itu lebih bermakna.

Cara Pilih Kasut Pengantin Yang Sesuai Khusus Untuk Ratu Sehari

Buat Anda Rasa Istimewa

Stiletto, pump heels, sling back, kitten heels, cone heels adalah antara pilihan jenis kasut yang pasti tampak menarik saat disarungkan pada hari bersejarah anda.

Pilih reka bentuk sepadan dengan kaki anda. Tidak semua orang sesuai menggayakan kasut yang terbuka. Kasut kahwin yang tepat, akan menjadikan anda terasa cukup istimewa bak puteri raja dikala hari istimewa anda menjelang tiba.

Antara Yang Menarik

Mungkin anda boleh lihat kasut pengantin jenama Jimmy Choo yang katanya dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan serta menjadi kegilaan selebriti di serata dunia. Lihat sahaja himpunan kasut koleksi pengantinnya yang tampil eksklusif dengan rekaan mewah sehingga mampu memukau mereka yang memandangnya.

⏩ Boleh Tengok Disini - Link 1

Post a Comment

Previous Post Next Post