Bazar Ramadan Popular Lembah Klang Untuk Tahun 2022

Lokasi Bazar Ramadan Popular Lembah Klang Untuk Tahun 2022

Puasa kali ini pastinya lebih meriah apabila Kerajaan telah membenarkan pengoperasia semula Bazar Ramadan. Orang ramai dapat nikmati semula pelbagai juadah berbuka apabila tiba di sini.

Pastinya menjadi tumpuan ramai adalah di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang yang melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

BACALokasi Bazar Ramadan Di Selangor 2022

Disini pelbagai lokasi Bazar Ramadan popular yang menjadi tumpuan ramai setiap kali bulan Ramadan tiba. Manakan tidak, disinilah anda boleh jumpa pelbagai juadah berbuka yang menyelerakan.

Anda nak dapatkan murtabak, tepung pelita 123, ayam golek, sate, ayam percik, roti john dan tidak lupa juga minuman seperti air katira, air tebu dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir!

Umat Islam secara rasmi akan menyambut awal Ramadan pada 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Ramadan 1443H. Jadi malam Sabtu, umat Islam sudah boleh mula mendiri solat sunat Tarawih

30 Lokasi Bazar Ramadan Popular di Lembah Klang Tahun 2022

Untuk penduduk tempatan yang tidak tahu lagi, terdapat beberapa lokasi bazar ramadan popular yang menjadi tumpuan ramai setiap tahun di Lembah Klang. Mungkin ada yang datang dari luar negeri juga lepas ni, boleh datang ke sini.

Berikut merupakan 30 lokasi terbaik Bazar Ramadan di Lembah Klang

  1. Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5
  2. Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
  3. Kampung Baru
  4. Seksyen 1 Wangsa Maju
  5. Bazar Ramadan Taman Setiawangsa
  6. Taman Tasik Permaisuri
  7. Stadium Shah Alam
  8. Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya
  9. Bazar Ramadan Wisma Suhati Segambut
  10. Jalan Telawi, Bangsar
  11. Bazar Ramadan Bukit Bintang
  12. Bazar Ramadan SS13 Subang Jaya
  13. Bazar Ramadan Seksyen 14 Petaling Jaya
  14. Bazar Ramadan Bandar Tun Razak
  15. Dataran Prima Saujana, Kajang
  16. Bazar Ramadan Kelana Jaya
  17. Masjid India & Jalan Tar
  18. Taman Sri Serdang
  19. Bazar Ramadan USJ4
  20. Taman Melawati
  21. Bazar Ramadan Puchong Perdana
  22. Bazar Ramadan Setapak Jaya
  23. Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
  24. Bandar Baru Ampang
  25. Jalan Reko Kajang
  26. Taman Pelangi Semenyih
  27. Bazar Ramadan Taman Equine
  28. Taman Melor Ampang
  29. Bazar Ramadan Pandan Indah
  30. Bazar Ramadan Puncak Jalil

Jadi orang ramai yang berkelapangan, boleh datang ke bazar-bazar ramadan ini pada petang hari untuk dapatkan juadah berbuka puasa.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan!

Post a Comment

Previous Post Next Post