Senarai Rasmi Skuad Badminton Negara Bagi Sukan SEA Hanoi 2022

Senarai Rasmi Skuad Badminton Negara Bagi Sukan SEA Hanoi 2022

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi telah mengeluarkan senarai pemain bagi skuad badminton negara bagi kejohanan Sukan SEA Hanoi 2021.

Temasya dwi tahunan tersebut sepatutnya diadakan pada edisi 2021 yang terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Vietnam.

Oleh itu sebagai tuan rumah, mereka tidak berjaya mengadakan pada tahun tersebut dan dianjak ke tahun 2022 yang mana edisi ke-31 kali ini bakal berlangsung secara rasmi bermula 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vientnam.

SEA Games bakal mempertemukan 11 negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan mempertandingkan pelbagai acara sukan seperti bola keranjang, bowling, bola sepak, berbasikanl, renang, hoki, tinju, acara balapan, badminton dan banyak lagi.

Kini setiap negara telah mempersiapkan skuad masing-masing bagi menyertai acara yang dipertandingkan termasuklah pihak BAM yang kini secara rasmi telah mengumumkan pemain-pemain badminton negara untuk acara sukan badminton.

Senarai Pemain Badminton Negara Dalam Sukan SEA Hanoi 2022

Untuk edisi kali ini, Malaysia menghantar skuad pelapis bagi meneruskan cabaran di peringkat Asia Tenggara untuk skuad lelaki dan wanita bagi acara perseorangan dan regu.

Senarai Rasmi Skuad Badminton Negara Bagi Sukan SEA Hanoi 2022

Skuad Lelaki Negara

  • Lim Chong King
  • Lee Shun Yang
  • Kok Jing Hong
  • Justin Hoh
  • Man Wei Chong
  • Tai Kai Wun
  • Haikal Nazri
  • Wan Arif Wan Junaidi
  • Hoo Pang Ron
  • Chen Tang Jie

Skuad Wanita Negara

  • Siti Nurshuhaini Azman
  • Loh Zhi Wei
  • Ong Xin Yee
  • Siti Zulaikha Azmi
  • Tan Yap Ling
  • Go Pei Kee
  • Cheng Su Yin
  • Cheng Su Hui
  • Cheah Yee See
  • Peck Yen Wei

Semoga skuad badminton negara peroleh kejayaan dan mampu bawa pulang pingat emas dalam temasya Sukan SEA Hanoi 2022 kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post