Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang 2022

Dalam senarai ini anda boleh dapatkan senarai lokasi Bazar Ramadan di seluruh Pahang untuk tahun 2022. Anda boleh datang dan dapatkan juadah berbuka puasa di lokasi jualan disini.

Oleh itu, sebelum tiba waktu Maghrib, anda boleh datang di bazar ramadan dan beli pelbagai juadah aneka pilihan makanan untuk berbuka puasa seperti kuih tepung pelita, kerepok lekor, murtabak, roti sardin, kurma sehinggalah minuman seperti air katira. Yang penting jangan membazir!

Kita sedia maklum, umat Islam akan mula berpuasa pada 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah iaitu pada hari Ahad hingga 2 Mei 2022 iaitu 30 Ramadan 1443 Hijrah.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Untuk Tahun 2022

Sekiranya anda datang ke Pahang tapi tak tahu dimana lokasi jualan bazar ramadan popular berdekatan dengan anda, anda boleh rujuk senarai lokasi disini. Juga sebagai rujukan untuk penduduk tempatan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Bazar Ramadan Pahang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan yang akan mula dibuka pada petang hari sehingga waktu Maghrib. Jadi datang dapatkan juadah berbuka puasa anda disini.

Antara lokasi terlibat adalah di Kuantan, Temerloh, Jerantut, Bentong, Maran, Jengka, Raub, Rompin dan beberapa daerah dan kawasan popular di Pahang ini.

Bentong

  1. Dataran Bentong
  2. Medan Selera Kg. Baru
  3. Dataran Niaga Karak

Bera

  1. Bandar Triang (Jalan Komersial Triang)
  2. Bandar Bera (Tapak Pasar Tani)
  3. Bandar Kemayan (Sentral Kemayan)
  4. Gugusan Bera (Simpang Kepayang)
  5. Bandar 32 Bera (Kawasan Perniagaan Tementi)

Cameron Highland

  1. Tanah Rata
  2. Brinchang

Kuantan

  1. Tapak Parkir Kereta Kantin Rahimah
  2. Tapak Taman Tas
  3. Tapak Jaya Gading
  4. Dataran Sayangi Kuantan
  5. Mahkota Square (Tapak Letak Kereta Taman Kerang)
  6. Serambi Teruntum
  7. Pantai Selamat Indera Mahkota
  8. Kota SAS
  9. Hadapan TMG Tanjung Lumpur
  10. Hadapan TMG Beserah
  11. Taman Impian
  12. Indera Sempurna 2
  13. Hentian Gambang
  14. Tunas Manja Sungai Isap
  15. Taman Gelora
  16. Balok Permai
  17. Tanjung Api
  18. Peramu
  19. Stadium Darul Makmur

Lipis

  1. Dataran Orang Kaya Haji
  2. Tapak Pekan Sehari Benta
  3. Tapak Pekan Sehari Padang Tengku

Maran

  1. Perkarangan Anjung Selera, Taman Tasik Maran
  2. Persimpangan Jalan Intan dan Jalan Delima, Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka
  3. Tapak Pasar Malam Pekan Awah
  4. Tapak Pasar Malam Pekan Tajau
  5. Dataran Indera Pahlawan Pekan Chenor
  6. Pekan Sri Jaya

Pekan

  1. Kawasan Lapang Hadapan Pejabat Majlis Daerah Pekan
  2. Tapak Lapang Sebelah Unit Hemodialisis Hospital Pekan, Jalan Mahkota

Raub

  1. Sekitar Bangunan LKNP, Raub

Rompin

  1. Tapak Pasar Minggu, Kuala Rompin
  2. Tempat Letak Kenderaan Berpusat Teluk Gading
  3. Tapak Pasar Rabu, Muadzam Shah
  4. Dataran Kejat, Bandar Tun Razak
  5. Bukit Ibam

Temerloh

  1. Lurah Semantan
  2. Taman Temerloh Jaya
  3. Bukit Desa Semantan
  4. Lanchang
  5. Kuala Krau

Diharap perkongsian lokasi jualan Bazar Ramadan Di Pahang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pahang untuk tahun 2022 ini berguna bagi anda yang mencari lokasi bazar berhampiran dengan anda.

Boleh datang dan pastikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan bazar.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Post a Comment

Previous Post Next Post