Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan 2022

Dalam senarai ini anda boleh dapatkan senarai lokasi Bazar Ramadan di seluruh Negeri Sembilan untuk tahun 2022. Anda boleh datang dan dapatkan juadah berbuka puasa di lokasi jualan disini.

Oleh itu, sebelum tiba waktu Maghrib, anda boleh datang di bazar ramadan dan beli pelbagai juadah aneka pilihan makanan untuk berbuka puasa seperti kuih tepung pelita, kerepok lekor, murtabak, roti sardin, kurma sehinggalah minuman seperti air katira. Yang penting jangan membazir!

Kita sedia maklum, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah iaitu pada hari Sabtu hingga 2 Mei 2022 iaitu 30 Ramadan 1443 Hijrah.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan Untuk Tahun 2022

Sekiranya anda datang ke Negeri Sembilan tapi tak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular berdekatan dengan anda, anda boleh rujuk senarai lokasi disini. Juga sebagai rujukan untuk penduduk tempatan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Bazar Ramadan Negeri Sembilan akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan yang akan mula dibuka pada petang hari sehingga waktu Maghrib. Jadi datang dapatkan juadah berbuka puasa anda disini.

Antara lokasi terlibat adalah di sekitar Seremban, Rembau, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin dan beberapa daerah dan kawasan popular di Negeri Sembilan ini.

Jelebu

  1. Kuala Klawang (Tapak Pasar Tani/Pasar Malam di Dewan D'sury)
  2. Simpang Durian (Kawasan Parkir Pasar Awam Simpang Durian

Jempol

  1. Bazar Ramadan Bandar Seri Jempol
  2. Bazar Ramadan Pekan Batu Kikir
  3. Bazar Ramadan Pusat Perniagaan Angsana
  4. Bazar Ramadan Bandar IOI

Kuala Pilah

  1. Taman Bukit Pilah Perdana
  2. Tapak Komersial Melang
  3. Pekan Tg Ipoh
  4. Pekan Juasseh
  5. Pekan Air Mawang
  6. Pekan Senaling

Port Dickson

  1. Bandar Springhill (10th Avenue)
  2. Hadapan Arked MARA Bandar Port Dickson
  3. Bandar Sunggala
  4. Hadapan Pasaraya Mesra Teluk Kemang
  5. Taman Intan Perdana
  6. Taman Politeknik
  7. Pekan Pasir Panjang
  8. Pekan Linggi
  9. Hadapan Masjid Pekan Chuah
  10. Tapak Pasar Malam Site C

Rembau

  1. Pekan Rembau
  2. Pekan Chengkau

Seremban

  1. Stadium Paroi
  2. Bandar Prima Senawang 2 (Depan Mydin)
  3. Taman Sri Pagi
  4. Pusat Bandar Senawang 2 (Jalan Bandar Senawang 1)
  5. Pusat Bandar Senawang 2 (Jalan Bandar Senawang 16)
  6. Taman Desa Rhu
  7. Tapak Desa Dahlia
  8. Pekan Senawang Jaya
  9. Tempat Letak Kereta Hadapan Kedai Taman Matahari Height
  10. Taman Sri Pulai 3
  11. One Avenue, Seremban 2
  12. Persiaran Seremban 2 (Tapak Pasar Malam)
  13. Taman Ampangan
  14. Tapak Bersebelahan Klinik Kesihatan Seremban
  15. Depan Pasar Rasah Jaya
  16. Jalan BBN 1/2, Putra Point, Nilai (Berhampiran McDonalds Putra Nilai)
  17. Tapak Pasar Malam Cempakapuri, Nilai
  18. Kawasan Pasar Borong Nilai 3, Nilai
  19. Persiaran Metro Sendayan, Bandar Sri Sendayan
  20. Jalan BBN 1/7, Putra Point, Nilai (Berhampiran Masjid Dato' Klana Petra, Putra Nilai)
  21. Tapak Pasar Malam Taman Semarak
  22. Medan Nusari, Bandar Sri Sendayan (Berhadapan Lot Kedai)
  23. Jalan Mahawangsa, Bandar Enstek, Nilai
  24. Jalan Kuarters Klia
  25. Taman Gadong Jaya, Labu
  26. Bandar Seremban Selatan
  27. Pasar Awam Taman Seremban Jaya
  28. Taman Pinggiran Senawang
  29. Taman Tuanku Jaafar
  30. Taman Tuanku Ampuan Najihah
  31. Taman Dusun Nyior
  32. Taman Senawang Perdana
  33. Dataran Centrio
  34. Nilai Perdana
  35. Tiara Sendayan
  36. Depan Pasaraya Lotus, Nilai

Tampin

  1. Bazar Ramadan Gemas
  2. Bazar Ramadan Pasir Besar
  3. Bazar Ramadan Gemencheh
  4. Bazar Ramadan Tampin

Diharap perkongsian lokasi Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan untuk tahun 2022 ini berguna bagi anda yang mencari lokasi bazar berhampiran dengan anda.

Boleh datang dan pastikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan bazar.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Post a Comment

Previous Post Next Post