Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Terengganu 2022

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Terengganu 2022

Dalam senarai ini anda boleh dapatkan senarai lokasi Bazar Ramadan di seluruh Terengganu untuk tahun 2022. Anda boleh datang dan dapatkan juadah berbuka puasa disini.

Oleh itu, sebelum tiba waktu Maghrib, anda boleh datang di bazar ramadan dan beli pelbagai juadah aneka pilihan makanan untuk berbuka puasa seperti kuih tepung pelita, kerepok lekor, murtabak, roti sardin, kurma sehinggalah minuman seperti air katira. Yang penting jangan membazir!

Kita sedia maklum, umat Islam akan mula berpuasa pada 2 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah iaitu pada hari Sabtu hingga 2 Mei 2022 iaitu 30 Ramadan 1443 Hijrah.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Terengganu Untuk Tahun 2022

Sekiranya anda datang ke Terengganu tapi tak tahu dimana lokasi bazar ramadan popular berdekatan dengan anda, anda boleh rujuk senarai lokasi disini. Juga sebagai rujukan untuk penduduk tempatan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Bazar Ramadan Terengganu akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan yang akan mula dibuka pada petang hari sehingga waktu Maghrib. Jadi datang dapatkan juadah berbuka puasa anda disini.

Antara lokasi terlibat adalah di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Besut, Setiu dan beberapa kawasan popular di negeri Terengganu ini.

Besut

  1. Kuala Besut
  2. Pasir Akar
  3. Jertih
  4. Kampung Raja
  5. Tok Has
  6. Alor Lintang
  7. Bukit Kenak

Dungun

  1. Bazar Ramadan Sura Gate
  2. Bazar Ramadan Nibong
  3. Bazar Ramadan Batu 48
  4. Bazar Ramadan Paka 

Kemaman

  1. Kawasan Lapang Jalan Padang (Bersebelahan Pejabat Daerah)
  2. Lot Parking Binjai Souq
  3. Tanah Lapang Geliga

Kuala Terengganu

  1. Pasar Chabang Tiga
  2. Pasar Bukit Besar
  3. Pasar Kedai Buluh
  4. Pasar Manir
  5. Taman Permin Jaya (Tapak Pasar Malam)
  6. Pengadang Baru (Tapak Pasar Malam)
  7. Jalan Budiman (Che Kundur) (Tapak Pasar Malam)
  8. Tok Adis (Dataran Taman Purnama) (Tapak Pasar Malam)
  9. Tempat Letak Kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai
  10. Tempat Letak Kereta Pantai Batu Burok
  11. Tempat Letak Kereta Skrin Besar Shahbandar
  12. Tempat Letak Kereta Hadapan Restoren Perahu/MARA Shahbandar
  13. Kampung Machang lada (Berhadapan Surau Al-Hikmah Padang Midin)
  14. Bazar Ramadan UniSZA
  15. Hadapan Giant Kuala Terengganu (Tempat Letak Kereta)

Kuala Nerus

  1. Pasar Batu Enam
  2. Wakaf Tengah (Tapak Pasar Malam)
  3. Gong Badak (Tapak Pasar Malam)
  4. Gong Pak Damak (Tapak Pasar Malam)
  5. Pasar Teluk Ketapang
  6. Pasar Bukit Tunggal
  7. Tapak Pasar Nelayan Tok Jembal
  8. Hadapan Tunas Manja Gong Badak
  9. Pantai Seberang Takir (Miami Beach)
  10. Drawbridge (Jambatan Angkat)
  11. Serdang Baru (Tapak Pasar Malam)

Marang

  1. Wafak Tapai
  2. Bandar Marang
  3. Binjai Rendah
  4. Wakaf Dua

Setiu

  1. Mini Stadium Sungai Tarom
  2. Kawasan Hadapan SMK Chalok
  3. Kawasan Lapang Telaga Papan
  4. Pekan Guntong Luar
  5. Pekan Sungai Tong
  6. Pekan Penarik

Diharap perkongsian lokasi Bazar Ramadan Di negeri Terengganu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu untuk tahun 2022 ini berguna bagi anda yang mencari lokasi bazar berhampiran dengan anda.

Boleh datang dan pastikan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada dalam kawasan bazar.

Selamat Menyambut Ramadan Semua!

Post a Comment

Previous Post Next Post