Tak Lulus Permohonan BKM Sebab Dikatakan Masih Belajar (Senarai Kod Tidak Lulus)

alasan tidak lulus permohonan bkm untuk kod 06 bagi kategori bujang habis belajar

Hari ini, 28 Mac 2022, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dibuat bagi fasa 1 secara berperingkat untuk mereka yang layak.

Seperti yang diumumkan, pembayaran fasa 1 ini merangkumi 4.0 juta isi rumah sama ada pendapatan kurang RM2,500 atau antara RM2,501-RM5,000, 1.2 juta warga emas(bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Secara keseluruhannya, seramai 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM2.0 bilion.

Tetapi pastinya ada yang status permohonan yang sedang diproses sebelum ini kini bertukar kepada tidak lulus kerana beberapa beberapa alasan mengikut kod yang ditetapkan antaranya adalah 06.

Alasan Status BKM Tidak Lulus Bagi Kod 06

Bagi kod 06 ini, alasanya adalah pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang.

Mungkin pemohon tersebut baru sahaja tamat belajar tetapi umur melebih 21 tahun dan masih belum konvokesyen.

Jadi sistem telah mengesan pelajar tersebut masih dibawah nama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mana mereka bakal menerima insentif khas iaitu e-Wallet sebanyak RM150 yang dijangka dibuat pada bulan Jun tahun ini.

Walaubagaimanapun, anda boleh buat rayuan untuk kod 06 dengan membuat beberapa tindakan atau menyediakan dokumen sokongan.

Sekiranya anda OKU, semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Jadi anda perlu sediakan dokumen salinan iaitu kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Anda juga boleh sediakan dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.

Jadi bagi permohonan yang tidak lulus, anda boleh buat permohonan rayuan secara online di pautan https://bkm.hasil.gov.my yang akan dibuka mulai 2 Mei 2022. 

Anda boleh dapatkan senarai penuh Kod Tidak Lulus dan tindakan yang perlu dibuat ketika rayuan dibuka kelak di portal BKM atau KLIK SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post