Cara Beli Barang IKEA Secara Online Tahun 2022

Cara Beli Barang IKEA Secara Online

Sekarang anda tidak perlu bersesak-sesak lagi di gedung IKEA kerana kini anda mempunyai pilihan untuk beli barang secara online sahaja menerusi website www.ikea.com/my

Kita sedia maklum, IKEA adalah antara gedung perabot rumah terbesar di Malaysia dengan harga berpatutan serta memperkenalkan konsep minimalis yang mana simple tapi nampak cantik.

Disebabkan itu, ramai yang datang ke sini untuk dapatkan barangan rumah yang diidamkan walaupun cawangan mereka jauh daripada tempat mereka.

Iyela, setakat ini hanya ada 4 cawangan iaitu 2 di Lembah Klang, 1 di Pulau Pinang dan 1 di Johor. Macam mana dengan negeri-negeri lain kalau nak datang? Terpaksa lah drive dari jauh kan.

Disebabkan itulah, IKEA kini mempermudahkan urusan-urusan mereka yang jauh ini apabila telah memperkenalkan sistem online dimana anda boleh beli barang IKEA secara atas talian sahaja. Kemudian barang tersebut akan dihantar terus ke rumah anda. Takpayah datang jauh-jauh. Mudah kan!

Kelebihan Beli IKEA Secara Online

Jadi dengan adanya sistem online ini, anda tidak lagi perlu beratur dan bersesak-sesak di gedung IKEA yang sentiasa ramai orang. Selain itu, ianya menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.

BACA : Cara Beli Barang IKEA Menggunakan Whatsapp

Bukan itu sahaja, IKEA juga ada menyediakan servis pemasangan sekali. Kalau anda rasa renyah atau malas, bayar je pihak mereka untuk pasangkan perabut anda tersebut.

Cara Beli Barang IKEA Secara Online (Daftar)

Untuk membolehkan anda membeli barang IKEA secara online, anda terlebih dahulu untuk daftar akaun. Caranya adalah seperti berikut :

1)  Masuk ke website IKEA di www.ikea.com/my dan klik pada ikon profile dan Sign Up akaun IKEA anda menggunakan emel dan password. Aplikasi IKEA pun dah ada tau.

2)  Jika sudah selesai, login seperti biasa

3)  Jadi disini anda boleh mula pilih mana-mana barangan yang disenaraikan 'add to cart' dan buat pembayaran sehingga selesai.

Masa check-out, jangan lupa untuk masukkan butiran diri seperti nama dan alamat rumah dan kalau ada family card, boleh masukkan juga untuk kumpul mata.

Cara Beli Barang IKEA Secara Online

Jenis Servis Penghantaran IKEA

Anda perlu tahu terdapat 2 jenis servis penghantaran yang disediakan oleh pihak IKEA iaitu Parcel Delivery dan Truck Delivery mengikut berat dan volume barang serta kawasan.

Penghantaran Semenanjung Malaysia

> Parcel Delivery

Kos RM25 bagi Parcel Delivery untuk Zon A, B dan C untuk barang-barang kecil yang ambil masa dalam tempoh 3-6 hari untuk sampai ke rumah anda. Biasa menggunakan kurier Pos Laju.

> Truck Delivery

Manakala untuk barang dengan berat lebih 24kg, volume 84 liter dan panjang maksimum 1.6 meter, anda perlu bayar dengan harga RM98 (Zon A), RM163 (Zon B) dan RM258 (Zon C) yang mengambil masa 2-5 hari.

Jadi kalau barang besar, IKEA sendiri akan hantar guna truck mereka terus ke rumah anda.

Penghantaran Ke Sabah & Sarawak

Kos RM100 untuk barang-barang kecil sahaja bagi Parcel Delivery, manakala barang besar lebih daripada 24kg atau volume 84 liter akan menggunakan Truck Delivery dengan kos RM675. Tapi kalau ambil sendiri, kos hanya RM575.

Untuk info lanjut boleh rujuk FAQ Delivery IKEA.

Cara Beli Barang IKEA Secara Online

Mungkin kalau anda beli barang-barang kecil sepertinya tidak berbaloi dengan kos penghantaran yang tinggi. Tapi kalau nak beli sofa ke almari atau katil rasanya berbaloi daripada datang jauh-jauh dan kena bawa kereta besar juga kan.

BACA : Boleh Juga Dapatkan Personal Shopee IKEA Disini

Adalah lebih baik truck sendiri yang datang ke rumah anda. So, lepas ni boleh la deco rumah dengan barang IKEA tanpa perlu pergi IKEA kerana boleh shopping online sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post