Genting Skyworlds Kini Dibuka! Ini Antara Perkara Dan Permainan Menarik Anda Kena Cuba

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Akhirnya selepas lama menunggu, Genting Skyworlds akan dibuka kepada orang ramai bermula 8 Februari 2022 yang pasti ianya penantian yang berbaloi.

Sebuah taman tema yang telah ditutup begitu lama disebabkan naik taraf yang dibuat pastinya akan memberikan pengalaman baru kepada orang ramai yang mana jika sebelum ini hanya tertumpu kepada permainan Indoor sahaja iaitu di Skytropolis.

Ya di Genting Skyworlds ini ianya adalah kawasan outdoor, jadi anda boleh merasai pengalaman bermain dalam keadaan cuaca sejuk dan katanya akan ada salji buatan disana. Memang ramai yang tak sabar nak datang la kan.

Tunggu dulu, sebelum anda datang ke Genting Highland ini, pastikan anda beli dahulu tiket masuk secara online bagi mengelakkan baratur panjang di kaunter tiket tersebut.

Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds

Harga tiket adalah untuk kemasukan tanpa had untuk 1 hari dan ianya termasuk beberapa permainan yang boleh dimain, lawati tarikan menarik dan anda akan peroleh akses Photo+ secara percuma sehingga 6 tempahan VQ.

Harga sebenar tiket masuk

  • Kanak-Kanak (90cm-110cm) & Warga Emas = RM161
  • Dewasa (lebih 110cm) = RM189
  • Bayi = Percuma

Harga istimewa (sempena pembukaan)

  • Kanak-Kanak (90cm-110cm) & Warga Emas = RM128
  • Dewasa (lebih 110cm) = RM151
  • Bayi = Percuma

Anda boleh dapatkan tiket bermula 4 Februari 2022 di book.rwgenting.com atau di Shopee. Jangan lupa untuk beli tiket awal Cable Car juga di Shopee.

Perkara Dan Permainan Menarik Di Genting Skyworlds

Untuk gambaran awal, nanti dah sampai di Genting Skyworlds nak main permainan apa? Nak pakai baju apa sampai sana? Ada permainan akan basah tak nanti?

Jangan risau, beberapa persoalan anda tersebut mungkin ada dijawab oleh pengguna twitter ArishaRozaidee apabila beliau telah mendapat akses awal untuk kemasukan ke Genting Skyworlds. Jadi beliau ada kongsikan beberapa perkara menarik berkaitan dengannya.

1)  Pakai Pakai Yang Selesa

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Anda perlu pakai pakaian yang selesa dan katanya ada beberapa permainan yang mana ianya akan melalui air dan anda mungkin basah. Selain itu, ketika menaiki apa-apab permainan, cabut topi. Takut terbang pula.

2)  Anda Tidak Perlukan Loker

Ini kerana kebanyakan permainan tunggangan direka khas untuk menyimpan barang. Tapi jika ada barang berharga mungkin jangan bawa naik sekali. Tapi jika anda pergi ke kawasan Bootcamp, rasanya anda perlu juga simpan barang di loker.

Ianya kawasan dimana anda melakukan aktiviti lasak seperti wall climbing, flyying fox dan pelbagai lagi. Jadi kena la simpan beg galas atau beg tangan anda kan.

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

3)  Permainan Lebih Kepada Untuk Orang Dewasa

Taman Tema ini sepertinya lebih sesuai untuk orang dewasa kerana banyak permainan yang berpusing dan membawa anda terbang dan sebagainya. Jadi jika anda takut tinggi atau takut permainan berpusing-pusing, mungkin kurang sesuai untuk anda Skyworlds ini.

4)  Permainan Paling Menarik (Thrill-Seekers)

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Ini antara permainan yang paling menarik menurut Arisha iaitu:

  • Independence Day: Defiance (basically a show followed by a 4D experience. Recommended!)
  • ESD Global Defender (you’re a pilot spinning in the air)
  • Alpha Fighter Pilots (another pilot spinning in the air ride but i loved it)

Boleh TENGOK DI SINI senarai semua permainan dan aktiviti menarik yang disediakan di Genting Skyworlds

5)  Permainan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Tetapi bukan semua permainan yang pusing-pusing atau terbang, ada juga permainan biasa dimana sesuai untuk seisi keluarga. Antaranya, anda boleh cuba :

  • Rio Carnaval Chaos! (Basically spinny cup ride)
  • Epic Voyage To The Moon (It’s a boat cruise but has fun dips and turns)
  • Epic Hummingbird Flyers (You go up and down in the air, avoiding water from the fountain)

6)  Permainan Yang Anda Boleh Skip Jika Tiada Masa

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Walaupun anda akan berada di Outdoor Theme Park Genting Skyworlds seharian, anda tidak akan bermain setiap masa. Anda juga perlu berehat. Jadi mungkin anda tiada masa untuk habiskan kesemua permainan yang disediakan.

Jadi antara permainan yang dicadangkan untuk anda skip sekiranya tiada masa untuk mencuba, anda boleh tinggalkan permaianan seperti:

  • Blue Sky Carousell (its just a merry go round)
  • Night At The Museum: Midnight Mayhem (This ride was really underwhelming. You sit in a cart and shoot at a screen for points and that’s it)

7)  Makanan

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Dah seharian duduk dalam Skyworlds, mesti penat dan lapar kan. Jangan risau, disana ada disediakan kiosk makanan untuk anda beli dan nikmati juadah makanan. Banyak jenis makanan disediakan.

Sebagai cadangan, anda boleh dapatkan set makanan yang dijual di Burger Stall atau Harry Ramsden Fish And Chips dengan harga RM35. Dapat makan dan katanya dapat barangan cenderahati juga.

8)  Download Aplikasi SkyWorlds

tips dan permainan menarik di genting skyworlds

Paling penting sekali, anda perlu muat-turun terlebih dahulu aplikasi SkyWorlds di Play Store atau App Store. Ini bertujuan untuk tempah tempat untuk permainan bagi mengelakkan beratur panjang. Boleh juga download buku panduan.

Selain itu, anda juga boleh save gambar anda yang telah ditangkap oleh pekerja di sana terus ke telefon anda melalui aplikasi ini

Excited? Teruja? Dah tak sabar nak datang Genting Skyworlds? Beli tiket anda sekarang. Jika ada sebarang persoalan, anda boleh rujuk laman web www.gentingskyworlds.com


sumber : twitter Arisha Rozaidee

Post a Comment

Previous Post Next Post