Menabung Di SSPN-i Untuk Anak Demi Pendidikan Masa Hadapan

Menabung Di SSPN-i Untuk Anak Demi Pendidikan Masa Hadapan

Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan sempurna kepada anak. Oleh itu, persediaan awal perlu dilakukan dari segi kewangan, bagi memastikan simpanan cukup iaitu dengan menabung melalui SSPN-i.

Kos pendidikan yang kian meningkat dari semasa ke semasa pastinya membebankan ibu bapa khsusnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ditambah pula jika mempunyai tanggungan yang ramai.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan proaktif bagi membolehkan anak-anak kita meneruskan pendidikan sehingga ke institusi pengajian tinggi dan dalam masa yang sama mengurangkan bebanan keluarga.

Menabung Melalui SSPN-i

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang diperkenalkan sejak tahun 2004 yang lalu antara langkah awal bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menabung bermula dari peringkat awal demi masa depan pendidikan anak-anak

Kelebihan & Keistimewaan

Skim ini direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan. Antara kelebihannya adalah :

  1. Layak memohon Pembiyaan pendidikan PTPTN
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
  3. Mendapat pelepasan taksiran cukai tahunan sehingga RM6,000
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
  5. Simpanan mudah dan dijamin oleh Kerajaan
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
  7. Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen SSPN-i
  8. Kemudahan menyimpan melalui potongan gaji

Melihat kejayaan anak-anak antara detik yang cukup indah buat ibu bapa. Oleh itu, buatlah persediaan awal terutamanya dari segi kewangan dengan menabung melalui SSPN-i

Menabung Di SSPN-i Untuk Anak Demi Pendidikan Masa Hadapan

Syarat Pendaftaran

Untuk pengetahuan anda, akaun SSPN boleh dibuka sehari selepas anak anda dilahirkan. Jadi jangan berlengah lagi. Syarat lain adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendeposit berumur 18 tahun ke atas
  • Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun
  • Penerima manfaat terdiri dariapda diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Cara Daftar SSPN-i

Pendeposit perlu membuat deposit minima RM20 untuk pembukaan akaun baru untuk menerima manfaat. Pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja.

  1. Pergi ke pautan pembukaan akaun di online.sspn.my/bukaonline
  2. Kemudian lengkapkan butiran diri sehingga selesai
  3. Masukkan amaun deposit serendah RM20 beserta Kod Eksekutif PTPTN (EP) iaitu 000002008
  4. Buat bayaran sehingga selesai sehingga dipaparkan Surat Pengesahan "Akaun Pembukaan Akaun SSPN-i atau Makluman No. Akaun SSPN-i"
  5. Selesai

> Anda juga boleh buat tabungan melalui aplikasi Shopee pada bahagian - PTPTN <

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web rasmi SSPN di online.sspn.my

Post a Comment

Previous Post Next Post