Lokasi Cawangan Taco Bell Di Seluruh Malaysia Terbaru

Lokasi Cawangan Taco Bell Di Seluruh Malaysia

Sepertinya sekarang orang ramai tak perlu dah beratur panjang seperti sebelumnya. Ini kerana cawangan Taco Bell kini sudah berada di beberapa kawasan lain di Malaysia selain daripada Cyberjaya.

Taco Bell merupakan jenama makanan segera popular Amerika dan sebelum ini telah membuka cawangan yang pertamanya di Cyberjaya, Selangor pada April 2021 yang lalu.

Ketika pembukaan tersebut, orang ramai datang berpusu-pusus dan disebabkan itu, ramai yang terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran.

Taco Bell ada menyediakan pelbagai makanan segar sehinggalah ke pencuci mulut. Walaupun ianya berasal dari Amerika, tetapi disini mereka akan sesuaikan dengan citarasa pelanggan tempatan dengan sentuhan lokal pada menunya.

Jika anda datang di Taco Bell, mungkin anda boleh cuba Bell Rice Bowl yang menggabungkan nasi Maxico, salad, kekacang serta ayam atau daging bersama sambal yang pedas.

BACA : Senarai Lokasi Kedai Korea, CU Mart Seluruh Malaysia

Selain itu, boleh jua cuba menu popular lain seperti Crunchy Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadillah, Loaded Nachos, Cinnamon Twist and Chocodila dan pelbagai lagi.

Lokasi Taco Bell Di Seluruh Malaysia

Selain restoren di Cyberjaya, jangan bimbang Taco Bell kini telah membuka beberapa cawangan lain lagi dan akan membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Taco Bell dibuka setiap hari bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jangan lupa untuk patuhi SOP yang telah ditetapkan tau.

KUALA LUMPUR

Taco Bell Bandar Sri Permaisuri
55-G & 55-1 Jalan Dwitasik 1 Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

Taco Bell Setiawangsa
36-G & 36-1, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54300 Kuala Lumpur

Taco Bell Wangsa Maju
35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Taco Bell TTDI
No 24, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SELANGOR

Taco Bell Cyberjaya
Lot SD2 Cottage Walk, off Jalan Persiaran APEC, Cyberjaya, 63000

Taco Bell Tropicana Gardens Mall
CC-33 & 34, Concourse Floor, Tropicana Gardens Mall, No.2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, Petaling Jaya. 47810 Selangor Darul Ehsan. Selangor

Taco Bell USJ Taipan
39, Jalan USJ 10/1, Taipan Business Centre, Subang Jaya

Taco Bell Puchong IOI Boulevard
F-21-G, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Taco Bell Sunway Pyramid
LG2.040, Lower Ground Two, Sunway Pyramid Shopping Mall, No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya.

Taco Bell Plaza Shah Alam
Lot No G29, Ground Floor, Plaza Shah Alam, No 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Untuk menu makanan, info dan lokasi terperinci, anda boleh layari laman web rasmi TACO BELL di tacobell.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post