Senarai Lokasi PPV Pemberia Dos Penggalak (Booster) Secara Walk-In Seluruh Malaysia

Lokasi PPV Bagi Dos Penggalak Secara Walk-In Seluruh Malaysia

Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan dimana bermula 29 Januari 2022, golongan berusia 18 tahun ke atas boleh dapatkan vaksinasi dos penggalak (booster) Covid-19 secara walk-in di PPV seluruh negara.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi menunggu panggilan daripada pihak KKM menerusi aplikasi MySejahtera. Ini kerana anda boleh dapatkan booster shot secara jumpa terus di lokasi PPV yang disenaraikan.

Bagi PPV pengamal perubatan swasta (GP), anda terlebih dahulu menghubungi pihak klinik swasta tersebut bagi menentukan masa yang sesuai untuk mendapatkan janji temu vaksinasi dos penggalak itu.

Senarai Lokasi PPV Pemberian Dos Penggalak Secara Walk-In Seluruh Malaysia

Sebelum anda hadir dimana-mana lokasi PPV secara walk-in, pastikan anda mempunyai sijil vaksinasi digital lengkap dalam aplikasi MySejahtera bagi melancarkan proses vaksinasi.

Sekiranya anda tiada sijil digital kerana tiada telefon pintar, anda perlu bawa kad vaksinasi fizikal ke PPV yang diperoleh ketika proses vaksinasi dos 1 dan dos 2 sebelum ini.

Jadi untuk dapatkan senarai lokasi PPV serta 'offsite', anda boleh semak melalui laman web ProtectHealth iaitu di vaksincovid.protecthealth.com.my dan disana anda boleh dapatkan kesemua lokasi PPV di seluruh Malaysia.

Lokasi PPV Bagi Dos Penggalak Secara Walk-In Seluruh Malaysia

KKM amat menggalakkan semua penduduk di Malaysia yang layak, untuk dapatkan dos penggalk dengan segera bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19

Post a Comment

Previous Post Next Post