Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Yonex-Sunrise India Open 2022

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Yonex-Sunrise India Open 2022

Pemain-pemain badminton negara akan meneruskan cabaran pertama untuk tahun baru ini menerusi Siri Kejohanan Dunia BWF Yonex- Sunrise India Open 2022.

Kejohanan badminton BWF World Tour 2022 kali ini akan membuka tirai melalui Terbuka India yang berlangsung di New Delhi, India bermula 11 Januari hingga 16 Januari 2022.

India Open 2022 merupakan acara Super 500 dengan menawarkan mata rangking dan hadiah wang tunai secara keseluruhan berjumlah USD400,000 atau sekitar RM1.68 juta.

Jika edisi sebelumnya terpaksa dibatalkan kerana kes wabak Covid-19 yang melanda negara tersebut sangat tinggi dan kali ini, mereka kembali yang pastinya dengan SOP yang lebih ketat.

Senarai Pemain Malaysia Dalam India Open 2022

Untuk kejohanan pertama bagi bulan baru dan tahun baru ini, pemain-pemain muda negara akan menggalas cabaran bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia dalam kejohanan Yonex-Sunrise India Open 2022

PERSEORANGAN LELAKI (MS)

  • Ng Tze Yong (BAM)
  • Soong Joo Ven
  • Cheam June Wei

BEREGU LELAKI (MD)

  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi [3]
  • Nur M. Azriyn Ayub/Lim Khim Wah

BEREGU WANITA (WD)

  • Vivan Hoo/Lim Chiew Sien

BEREGU CAMPURAN (XD)

  • Tan Kian Meng/Lai Pei Jing [1]
  • Chen Tan Jie/Peck Yen Wei [3] (BAM)
  • Chan Peng Soon/Valeree Sio [5] (BAM)
  • Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien

Good luck Team Malaysia. Selamat Maju Jaya dan bawa pulang kemenangan di kejohanan India Open 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post