Status Vaksin Tidak Lengkap Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Status Vaksin Tidak Lengkap Bermula Februari 2022 Sekiranya Tidak Menerima Suntikan Dos Penggalak Bagi Penerima Vaksin Sinovac

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas (semua jenis vaksin) perlu mengambil dos penggalak.

Keputusan ini dibuat secara telah mendapat cadangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 - Booster (CITF-B).

Selain daripada meningkatkan kadar imunisasi dalam badan bagi melawan virus Covid-19 ianya juga bertujuan bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

Sehingga hari ini, pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak (Booster).

Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

Ini pastinya akan memberikan kesan kepada mereka dimana mereka tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19 seperti makan di premis dan restoren, melancong ke luar negara dan banyak lagi.

Lanjutan daripada ini, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.


sumber : KKM

Post a Comment

Previous Post Next Post