Tahniah! TIRO Dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2021 (Malam Final)

Tahniah! TIRO Dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2021 (Malam Final)

Selepas 10 minggu bersiaran, akhirnya telah kita ketahui apabila TIRO (Danial, Sharif dan Syaiful) telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2021 mengalahkan 4 lagi finalis lain.

Maharaja Lawak Mega 2021 berlangsung selama 10 minggu dengan disertai oleh 11 barisan peserta yang terdiri daripada gabungan pelawak terkenal tanah air.

Untuk edisi kali ini, Dato AC Mizal sekali lagi ditugaskan sebagai hos utama disamping Dina Nazir sebagai hos dibelakang tabir.

Tidak seperti musim-musim sebelum ini, kali ini selain daripada 4 juri tetap, Dato Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose terdapat juga juri tetap kelima iaitu Sang Bara (iaitu Shaarnaz Ahmad) merupakan seekor naga yang juga ditugas untuk memberikan markah kepada barisan peserta.

Setiap minggu peserta ditugaskan untuk menyampaikan sebuah sketsa lawak dan mereka akan diadili oleh orang ramai iaitu melalui undian online sebanyak 30%, manakala 70% lagi adalah daripada markah juri tetap.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi dan diikuti dengan RM250,000 kepada naib juara.

Manakala tempat ketiga meraih wang tunai RM150,000, tempat keempat dan kelima masing-masing dengan RM50,000 dan RM15,000.

Maharaja Lawak Mega 2021 telah berlangsung selama sepuluh minggu yang bersiaran setiap hari jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna 107 dan menerusi aplikasi Astro Go.

Pemenang Bagi Maharaja Lawak Mega 2021 (Final)

Terdapat hanya 5 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir MLM2021 iaitu kumpulan PUTEH, BORO, TOBAT, TIRO dan BAHYE.

Juara
TIRO

Naib Juara
PUTEH

Tempat Ketiga
BORO

Tempat Keempat
BAHYE

Tempat Kelima
TOBAT

Tahniah kepada semua pemenang!

Post a Comment

Previous Post Next Post