Budak Tebing Drama Terbaik! Ini Senarai Pemenang Bagi Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS21)

budak tebing drama terbaik dalam anugerah drama sangat 2021

Tahniah kepada drama Budak Tebing terbitan Country & Universal apabila dinobatkan sebagai Drama Terbaik di acara Anugerah Drama Sangat 2021 yang telah diadakan buat julung kalinya

Malam Anugerah Drama Sangat 2021 buat julung kalinya diadakan bagi menghargai warga produksi dengan penghasilan drama-drama terbaik sepanjang tahung.

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan dipancarkan di saluran TV3 serta tontonan secara online di Tonton dan Youtube TV3.

Anugerah juga turut dimeriahkan oleh barisan artis dengan persembahan yang hebat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Bunga, MK, Stacy, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Manakala Nabila Huda dan Ain Edruce mengamatkan lagi suasana sebagai pengacara utama sepanjang acara berlangsung.

Senarai Pemenang Bagi Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS21)


Anugerah Drama Sangat 2021 mempertandingkan 11 kategori termasuk 2 kategori utama yang dinanti-nantikan iaitu Drama Popular dan Drama Terbaik. Selain itu, terdapat juga 2 anugerah khas.

Untuk anugerah Drama Popular ianya merupakan undian 100 peratus daripada penonton, manakala Drama Terbaik sepenuhnya daripada markah juri profesional.

Bagi kategori undian online, ianya telah berlangsung bermula 1 Oktober hingga 20 November 2021 yang lalu yang dibuat menerusi portal www.xtra.com.my/anugerahdramasangat.

Senarai Pemenang Bagi Anugerah Drama Sangat 2021

Sebanyak 9 drama yang tersenarai dalam anugerah kali ini dan calon-calon tersebut adalah drama yang disiarkan sepanjang tahun 2020 hingga Jun 2021 di saluran Media Prima.

Antara drama yang tersenarai ialah 7 Hari Mencintaiku 2, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Tak Sempurna Mencintaimu, Bidadari Salju, Kampung People 2, Pink Smile dan Hati Yang Tersakiti.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori

(Akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Drama Terbaik - Budak Tebing (Country & Universal Sdn. Bhd.)

Drama Popular - Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production)

Pengarah Terbaik - Feroz Kader (Budak Tebing)

Penulis Skrip Terbaik - Janjira & PGRs Team (Budak Tebing)

Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Ryan Aralyn)

Pelakon Wanita Terbaik - Janna Nick (Misteri Mona)

Pelakon Antagonis Terbaik - Liza Abdullah (7 Hari Mencintaku 2)

Pasangan Drama Terbaik - Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

OST Terbaik - Mimpi (Haqiem Rusli) (Bidadari Salju)

Drama Adaptasi Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku 2 (Siti Rosmizah | SR Publication)

Babak Tular Drama Terbaik - Kampung People 2 [VIDEO]

Drama Mandarin Terbaik (Anugerah Khas) - Bonus Vacation (Sky Picture)

Barisan Pelakon Terbaik Drama (Anugerah Khas) - Takdir Yang Tertulis

Anugerah Pesona Bintang - Ogy Ahmad Daud

Anugerah Drama Sangat 2021 telah berlangsung pada 18 Disember 2021, hari Sabtu jam 9.00 malam yang disiarkan secara langsung di TV3, Tonton dan Youtube TV3.

#AnugerahDramaSangat #LagiDramaLagiRasa


Sumber : Anugerah Drama Sangat 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post