Cara Buat Duit Shopee Affiliate Dengan Mudah Terbaru 2024

Cara Buat Duit Shopee Affiliate Dengan Mudah Terbaru 2024

Apa yang kita tahu, di Shopee anda boleh buat duit dengan hanya menjual sahaja. Tetapi sebenarnya tanpa menjual pun anda boleh buat duit tambahan iaitu dengan sertai Shopee Affiliate Program (SAP) yang disediakan oleh pihak Shopee sendiri dan bukan pihak ketiga.

Secara ringkas anda buat duit secara affiliate dimana anda promot mana-mana barangan di dalam Shopee, kemudian tukarkan ianya kepada link unik anda @ link affiliate anda dimana-mana platform media sosial. Jika ada yang tekan link anda dan buat pembelian di Shopee, anda akan dapat komisyen.

Konsep yang digunakan oleh pihak Shopee bagi program ini sama seperti program affiliate lain; Involve Asia, Accesstrade Global, Lazada Affiliate dan sebagainya. Ianya hanya tertumpu pada platform Shopee sahaja sama ada laman web Shopee atau aplikasi Shopee.

Jadi jika anda tiada idea untuk berniaga apa di Shopee tetapi ingin buat duit tambahan, anda boleh sertai Shopee Affiliate Program (SAP) ini dengan secara percuma sahaja.

Shopee Affiliate Program (SA) Tahun 2024

Jika anda serta program SAP ini, sekali gus anda memasuki Shopee Ambassador Programme dimana anda sebagai duta Shopee bagi membuat promosi apa-apa event atau tawaran hebat yang disediakan oleh pihak Shopee seperti Pay Day Sale, 9.9 Sale, 12.12 Sale, Raya Sale, CNY Sale dan sebagainya.

Pada waktu inilah, anda akan ditawarkan kadar komisyen yang lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Jadi anda perlulah berusaha untuk kongsikan link affiliate anda di laman sosial media supaya lebih ramai yang tahu promosi yang ditawarkan daripada Shopee.

Bayaran komisyen adalah berdasarkan kategori barangan yang telah berjaya di buat pesanan oleh pelanggan Shopee menerusi link affiliate anda. Sebagai contoh kadar komisyen yang disediakan oleh pihak Shopee:

  • Jam Tangan - 2%
  • Kasut Lelaki - 2%
  • Automotif - 2%
  • Aksesori pakaian - 2%
  • Health & Beauty - 1.20%
  • Komputer - 1.20%
  • Telefon - 1.20%
  • Gaming - 1.20% dan banyak lagi

Jika ada pembeli buat bayaran iPhone 12 (RM3389) melalui link affiliate anda, anda akan peroleh 1.2% daripada harga iPhone tersebut iaitu (3389x1.2/100 = RM40.67). Cukup bulan, anda boleh cashout duit tersebut.

Bayaran komisyen ini tidak melibatkan seller tersebut sebaliknya diberikan oleh pihak Shopee sendiri terus kepada anda sebagai affiliator.

Mungkin anda perasan, banyak perkongsian produk Shopee di Twitter dan Facebook menggunakan link pendek seperti ini 'shp.ee/xxx'. Ini merupakan link affiliate. Jika ada yang tekan link anda tersebut dan buat pembelian, anda dapat komisyen.

shopee affiliate program sap

shopee affiliate program sap

Nampak menarik kan? Anda boleh promot barangan seller lain dan jika ada buat pembelian, anda akan dapat komisyen daripada penjualan tersebut tanpa menggangu keuntungan seller tersebut. Sebaliknya anda yang promosikan kedai Shopee mereka secara percuma.

Untuk melayakkan untuk sertai program Shopee Affiliate ini, anda perlu daftar terlebih dahulu. Ikuti langkah dan caranya dibawah ini

Cara Daftar Shopee Affiliate Program (SAP)

Pra-syarat untuk sertai program ini mudah sahaja. Anda perlu ada akaun Shopee, (jika belum ada, daftar sini), aktifkan ShopeePay dan mempunyai mana-mana akaun sosial media sama ada Facebook, Twitter, Instagram, Youtube atau TikTok.

  1. Daftar Shopee Affilite Program DISINI
  2. Kemudian anda perlu daftar dengan masukkn segala maklumat yang diperlukan mengikut arahan yang disediakan sehingga selesai
  3. Selepas selesai buat pendaftaran, anda perlu ikuti satu sesi pengenalan daripada pihak Shopee berkaitan program affiliate Shopee ini menerusi Zoom Meeting. Disini anda perlu dengar sahaja penerangan tersebut sehingga selesai
  4. Jika sudah selesai, barulah anda bersedia untuk mula promot link affiliate anda dan kumpul komisyen setiap hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang ingin cari pendapatan tambahan dalam Shopee Afiiliate.

Post a Comment

Previous Post Next Post