Senarai 11 Peserta Yang Bertanding Dalam Maharaja Lawak Mega 2021

peserta maharaja lawak mega 2021

Program lawak pentas terbaik di Malaysia kini kembali. Maharaja Lawak Mega 2021 akan menemui penonton dengan 11 barisan peserta kumpulan bermula 15 Oktober 2021 di Astro Warna.

Maharaja Lawak Mega (MLM) yang telah bermula sejak tahun 2011 lagi tidak pernah terlepas ditayangkan setiap tahun, Tetapi pada tahun 2020 yang lepas, ianya tidak berjaya diadakan kerana berlaku pandemik dalam negara.

Kini untuk tahun 2021 mereka akan kembali sama seperti program siaran langsung yang lain di Astro. MLM 2021 akan menemui penonton dengan nafas baru, dengan barisan peserta dan juri yang baru.

Tahun ini, Dato AC Mizal sekali akan mengacarakan Maharaja Lawak Mega 2021 untuk kesemua 11 kumpulan yang bertanding. Pastinya meriah!

Jadi jangan terlepas untuk saksikan #MLM2021 setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna dan Astro Go bermula 15 Oktober ini.

Senarai 11 Peserta Kumpulan Maharaja Lawaka Mega 2021

Ini senarai 11 kumpulan dalam Maharaja Lawak Mega 2021

PUTEH (Mamak, Vicha, Ali)

BORO (Achey, Atu, Fad)

3OTAK (Phoon Chi Ho, Farid Azmeir, Prakash Daniel)

ORI (Achok Chilok, Yassin Senario Hamdan Senario, Abu MAMU)

R&R (Man Posmen, Rahim Sepahtu)

TOBAT (Shuk Sahar, Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro)

OTAI (Azlee Senario, IEDA Moin, Acong)

TIRO (Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Zaini)

TAICI (Chiwon Chilok, Tapai KIUT, Ilham ABATA)

BAHYE (Zahir AF, Nizam Jentik-Jentik, Shashic)

CAWAN (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak)

Kumpulan baru dengan ahli yang baru. Siapakah yang bakal juara Maharaja Lawak Mega 2021 kali ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post